RELAVENKAH NGO PMSP SEBAGAI PENYOKONG TEGAR KERAJAAN BARISAN NASIONAL
NGO PMSP (Pertubuhan Minda dan Sosial
Prihatin) sinonim di dalam satu pergerakan yang menyokong penuh kerajaan
Barisan Nasional. Presidentnya Dato' Seri Ramesh Rao begitu lantang dalam
menyuarakan pendapatnya terutama menyerang pihak Pembangkang dengan cara yang
keras malah kadang-kadang dapat diperlihatkan turut mengeluarkan kata-kata
kesat yang berbentuk pelbagai maki-makian. Pada 13/6/2017 , bertempat di
hadapan Balai Polis Petaling Jaya, PMSP telah mengadakan sidang akhbar, di
ketuai oleh Syafik Abdullah , telah membuat tuduhan dengan menyatakan bahawa
British mempunyai niat untuk merampas kembali Borneo dari Malaysia ( https://YouTube.be/cTAwlgZXuHU ). Adakah tuduhan ini benar
atau sekadar untuk menarik perhatian masyarakat. Apakah fakta dan keterangan
yang menyokong dakwaan Syafik Abdullah dengan mengeluarkan kenyataan berbaur
tuduhan ke atas Negara British tersebut. Apakah pula bukti yang mampu
dikemukakan oleh PMSP untuk menyokong kenyataan mereka. Tuduhan ini bukanlah
mainan politik yang sering kali diperkatakan dan dilontarkan oleh PMSP
sebagaimana sebelum ini. Tuduhan ini boleh memberikan kesan negatif terhadap
hubungan baik Negara dengan pihak British. Mungkin PMSP terlupa keakraban
hubungan Istana Buckingham dengan Istana Johor yang turut akan tercalar. Apa yang
diperlihatkan selama ini, PMSP banyak mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan
"back fire" kepada pihak kerajaan terutamanya Perdana Menteri iaitu
Dato Seri Najib Razak.

Bukan itu sahaja kebolehan PMSP menerusi
"pemberi maklumat" mereka, pada 24 Mac 2017 PMSP menerusi
Presidentnya Dato' Seri Ramesh Rao, telah membuat kenyataan akhbar dengan
menuduh 1MDB: Bagi Pengaruhi DOJ, NGO
ada maklumat Pegawai FBI di rasuah (www.azmikelanajaya.com) petikan kenyataan Ramesh
adalah "Nama-nama itu dikatakan terlibat merasuah pegawai FBI dan DOJ
berkenaan isu siasatan 1MDB dan saya akan dedahkan nama-nama mereka apabila
tiba masa yang sesuai nanti" . Kenyataan Ramesh bukanlah mainan
politik dengan membuat tuduhan ke atas Pegawai FBI dan Pegawai DOJ yang dikatakan
telah menerima rasuah.
Sebelum membuat kenyataan Ramesh seharusnya mempunyai
maklumat berikut: 1) Siapakah individu yang memberi rasuah tersebut. 2)
Bagaimana yang dikatakan rasuah itu berlaku, adakah terdapat sebarang transaksi
di antara pemberi dan penerima. 3)Melalui platform(bank/money changer dan
lain-lain) apa rasuah itu berlaku. 4) Siapa Pegawai FBI dan DOJ yang
dimaksudkan. 5) Siapa yang membuat laporan FBI kepada DOJ yang dikatakan palsu.
5) Siapa yang menerima dokumen laporan FBI bagi pihak DOJ. 6)Siapa yang
mengesahkan bahawa laporan dari pihak FBI itu adalah palsu. 7) Apakah laporan
yang asal dan tulin yang bukan dikatakan sebagai palsu. Jika semua fakta ini lengkap
maka Ramesh dinasihatkan untuk membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa berwajib
( FBI di Kedutaan Amerika di Malaysia atau PDRM ). Jika tidak , kenyataan
Ramesh ini akan memberikan kesan buruk terhadap hubungan PDRM dan FBI malah ,
menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Bagi sudut pandangan
masyarakat pula, PMSP hanya cuba meraih populariti dan perhatian dari pucuk
pimpinan agar memandang usaha-usaha mereka yang dikatakan sebagai penyokong tegar
kerajaan, yang akhirnya akan membawa padah.
Adakah PMSP mempunyai sebarang
fakta, keterangan, kenyataan rasmi yang mengesahkan perkara di atas? Jika ada,
kenapa hingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak-pihak yang
berkenaan seperti Bank Negara Malaysia, PDRM, Kementerian Kewangan dan pihak
kerajaan sendiri untuk mengambil usaha membawa balik semula khazanah negara.
Kesimpulannya, melalui pendedahan perilaku
individu-individu di dalam NGO PMSP, masyarakat haruslah mempertimbangkan
kerelavanan dan kredibiliti PMSP di dalam usaha mereka meraih perhatian rakyat
dan pihak kerajaan, termasuklah Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak serta
barisan Menteri Kerajaan Barisan Nasional.
Cukuplah dengan tindakan-tindakan yang
mendatangkan "back fire" terutama sekali berkaitan dengan maruah
penyokong kerajaan Barisan Nasional yang lain. Janganlah menampakkan kebodohan
penyokong kerajaan dengan tindakan sebagaimana yang didedahkan di atas.
Comments
Post a Comment