ROYAL PEDAS :ADA SIJIL HALAL? BETULKAH? APA HUKUM DI SISI ISLAM DAN APAKAH TANGGUNG JAWAB JAKIM?

Kejayaan pengenalan produk ini
telah membuahkan hasil dengan pengedaran produk di seluruh Lembah Klang.
Malahan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengguna. Turut
dikatakan bahawa syarikat berkenaan di dalam usaha untuk meluaskan pasaran ke
negara-negara jiran serta negara Timur Tengah.
Walau bagaimanapun produk makanan
ini mempunyai banyak tanda tanya dan diragui kerana ianya betul-betul mirip
dengan satu lagi produk iaitu “Chilli King Extra Hot”.
Berbalik kepada produk Royal
Pedas, apabila di semak mendapati tertera pada sricker dibotolnya:
1) Nama
Produk/jenama: Royal Pedas Super Hot
2) Diedarkan
oleh: RS Majestic Sdn Bhd (1184176-W), manakala tiada dicatitkan sebarang
informasi lain berkenaan pembekal /pengedar tersebut.
3) Royal
Pedas by World Class Chef
4) Master
Chef Yong Lam Lee
5) Logo
sijil Halal
6) Tiada
di tulis maklumat pengilang dan alamat pengilang
Manakala semakan kepada produk
Chilli King Extra Hot pula mendapati pada sticker botol produk adalah:
1) Nama
Produk/Jenama: Chilli King Extra Hot
2) Tiada
informasi pengedar
3) World
Association of Master Chefs
4) Endorse
by Master Chef Yong Lam Lee ( sama seperti tertera pada sticker produk Royal Pedas )
5) Tiada
alamat pengilang
6) Tiada
logo halal
Persoalan yang timbul, adakah
berlaku perniagaan yang dikatakan sebagai “perniagaan salin kulit”? Semakan
telah dibuat kepada pihak berwajib iaitu JAKIM melalui http://www.halal.gov.my/v4/ dengan
merujuk kepada semua maklumat yang dikehendaki seperti di atas mendapati tiada
direkodkan pemilikan sijil halal bagi produk cili sos jenama Royal Pedas mahupun
jenama Chilli King Extra Hot.
Persoalannya adakah pihak
berkuasa KPDNKK, JAKIM serta persatuan-persatuan pengguna Islam yang lain (http://www.ppim.org.my/) , (http://www.pengguna.org.my/) , telah terlepas pandang. Begitu juga pihak
berkuasa JPJ ke atas penyalahgunaan kenderaan peribadi bagi tujuan pengiklanan
seperti di atas.
Apakah pula implikasi bagi
pengguna yang tidak mengetahui status halal produk ini dan hukum di sisi Agama
Islam. Mohon pembaca untuk merujuk (http://www.ilmusunnah.com/halal-dan-haram-makanan-dalam-islam/).
Kegagalan mengambil tindakan jika terdapat kesalahan berkaitan boleh membawa
kepada kemusnahan amalan dan pahala pengguna beragama Islam .
Comments
Post a Comment