Felda 2.0: Apakah tujuan sebenar program ini? Bhg 1

Dalam pada isu kemelut tanah Felda di Jalan Semarak yang masih terumbang-ambing dimana masih lagi tiada kata putus hasil dari penyiasatan pihak berkuasa, Perdana Menteri Najib Razak telah melancarkan pula program Felda 2.0.

Pada 4hb Februari, 2018, perdana menteri melancarkan inisiatif baru tersebut di Lurah Bilut, Bentong, Pahang dan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Ianya merupakan usaha kerajaan untuk pembangunan dan transformasi tanah Felda bagi menyaingi perkembangan pesat teknologi sejajar dengan perkembangan teknologi dan ekonomi semasa.sekarang.

Bagi tahun ini sahaja, sebanyak lima tanah rancangan Felda akan dipilih untuk ditransformasikan menerusi inisiatif ini dan 10 lagi tanah rancangan akan dipilih bagi tahun hadapan.

Felda Lurah Bilut telah dipilih menjadi lokasi pertama untuk projek Felda 2.0 sebagai satu signifikan kepada sejarah Felda kerana ia merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama dibuka di negara ini pada tahun 1958.

Dengan pengumuman peruntukan RM 50 juta ini, ianya bermaksud setiap tanah yang dipilih tahun ini akan menelan belanja sebanyak RM 10 juta untuk menjayakan transformasi ini.

Tidak dinafikan ianya merupakan satu usaha yang murni dimana ianya membuka peluang ekonomi, khususnya dalam aspek usahawan digital, pertanian moden serta eko-pelancongan kepada penduduk setempat.

Persoalannya sekarang ialah siapakah yang akan melantik agensi-agensi ataupun syarikat swasta untuk mengendalikan projek ini?

Adakah pihak Felda atau pihak dari pejabat perdana menteri yang akan melantik pihak-pihak tersebut?

Disini pihak-pihak yang terbabit harus telus dalam usaha-usaha menlantik syarikat-syarikat tersebut.

Adakah pihak-pihak terbabit akan berbuat demikian?

Persoalan kedua ialah adakah pihak Felda telah membuat kaji selidik secara terperinci mengenai projek ini supaya ianya tidak akan menjadi projek Gajah Putih?

Projek Gajah Putih yang dimaksudkan ialah projek Sentuhan Kasih di mana pembinaan rumah untuk generasi kedua peneroka menggunakan kaedah pasang siap dan berharga RM70,000 seunit dengan ansuran bulanan pinjaman bank kira-kira RM360.

Perdana menteri mengumumkan perkara ini dalam ucapannya pada Majlis Himpunan Generasi Baru Felda di Universiti Teknologi MARA pada bulan Nov, 2012 yang dihadiri oleh 12,000 belia dari seluruh tanah rancangan Felda di Malaysia.

Beliau berkata buat permulaan, sejumlah 300 unit rumah akan dibina di tanah rancangan Felda di Besut, Terengganu; Chini Timur 2, Pahang; dan Tenggaroh, Johor; pada penghujung tahun 2012.

Tetapi projek yang dimaksudkan oleh perdana menteri dianggarkan bernilai RM 120 juta tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya. 

Setakat ini, hanya di Felda Tenggaroh 3 sahaja, 100 buah rumah berjaya disiapkan. Namun, pakej pembangunannya dianggap gagal.

Hingga kini, peserta projek tidak tahu berapa hutang sebenar atas pinjaman rumah kononnya "ala banglo" yang mereka diami.

Apakah status sebenar projek Sentuhan Kasih sekarang di ketiga-tiga tempat tersebut?

Persoalan ketiga ialah di mana kesudahannya Pelan Induk Transformasi Felda 2013-2056 yang disediakan oleh pakar ekonomi dan para konsultan?

Pelan ini di umumkan sendiri oleh perdana menteri di zaman Tan Sri Isa Samad.

Apakah kesudahannya dengan pelan induk ini?

Sejak kebelakangan ini pihak Felda telah dilanda dengan pelbagai masalah dan adakah segala langkah-langkah telah diambil supaya ianya tidak akan berlaku?

Bukankah lebih baik jika perdana menteri dan pihak Felda menyelesaikan kemelut-kemelut yang melanda Felda dengan menubuhkan RCI untuk mengenal pasti siapakah yang menyebabkan kehilangan berbilion wang Felda dan kedudukan kewangan Felda yang kritikal sekarang ini.

Berbalik kepada projek transformasi Felda 2.0, adakah ianya berbaloi dan pendudduk Felda akan betul-betul mendapat manfaat daripada projek ini?

Pihak kami mempunyai beberapa bukti yang sahih dan akan mendedahkan beberapa perkara mengenai tujuan sebenar projek Felda 2.0 ini.

Tunggu pendedahan selanjutnya di bahagian kedua artikel ini.

Comments

Popular posts from this blog

Authorities arrest MBI Group founder, freeze 98 bank accounts totalling RM209m

BN trouble shooter Ramesh Rao Krishnan Naidu, who is he?

APAKAH KAITAN MONSPACE DAN ZHANG JIAN