
ADAKAH BENAR FELDA KEHILANGAN TANAH DI JALAN SEMARAK DAN SHAHRIR SEBAGAI PENYELAMAT FELDA Part : 2 Sebagaimana yang telah dinyatakan pada Part 1 sebelum ini, ekoran dari persetujuan semua pihak termasuklah Ahli Lembaga Pengarah FELDA dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) pada 24hb Januari 2014 telah mengeluarkan “Letter of Award” kepada syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) sebagai lantikan rasmi “Master Developer” di dalam projek pembangunan tanah milik FELDA di Jalan Semarak. Kemudiannya pada 2hb Jun 2014 satu persetujuan, dari semua pihak yang terlibat di atas, telah mewujudkan satu kerjasama iaitu “Development Agreement-Pertama”, di antara syarikat SPSB dengan pihak FIC / FELDA telah pun ditanda tangani. Manakala adalah dipercayai sepenuhnya bahawa isi kandungan “Development Agreement-Pertama”, sudah semestinya di semak secara “maximum evaluation” oleh semua pihak yang berkaitan, yang juga pihak-pihak utama yang telah bersetuju membuat persetujua...