ADAKAH MUSA HASSAN BENAR-BENAR DIKAITKAN DENGAN SYARIKAT SKIM CEPAT KAYA?
Seluruh Malaysia mengenali Tan
Sri Musa Hassan sebagai Mantan Ketua Polis Negara. Beliau cukup dikenali kerana
terlibat secara lansung di dalam siasatan membabitkan Kes Liwat 1 Dato Seri Anwar
Ibrahim serta kes Pembunuhan Altantuya.
Akhir-akhir ini Musa telah
diseret di dalam kancah penglibatan beliau sebagaimana yang telah diwar-warkan
di dalam berita media sosail, di dalam skim cepat kaya iaitu Mface dan
MonSpace. Apakah penglibatan Musa di dalam kedua-kedua skim ini. Merujuk kepada
kenyataan seorang pengguna laman FaceBook, telah mendakwa bahawa Musa merupakan
Chairman of MBI International yang mana syarikat tersebut mempunyai kaitan
dengan Mface (www.facebook.com/azmanizaa90/posts/803309679684190).
Mface sebelum ini telah disenaraikan di dalam senarai perhatian Bank Negara
Malaysia sebelum ini (http://anilnetto.com/economy/malaysian-financebusiness/mbi-international-mface-bank-negaras-latest-alert-list-302-unapproved-firms/).
Kemudian Mface pula telahpun di ambil tindakan oleh pihak berkuasa KPDNKK (http://www.sentiasapanas.com/2017/06/skim-cepat-kaya-mface-diserbu.html#axzz4kQEay5uU).
Rata-rata menampakkan kesemua syarikat ini menjalankan perniagaan yang
mempunyai modus operandi yang sama di dalam skim tawaran pelaburan kepada
pelanggan dan mempunyai struktur dan kerangka yang sama di dalam perlaksanaan
perniagaan (https://moshed.com/satu-lagi-premis-skim-cepat-kaya-m-square-mface-diserbu-dekat-ampang/)
.
Selain dari Mface Musa turut
dikaitan dengan sebuah syarikat yang menjadi kontroversi baru-baru ini, di mana
seramai lebih 80 individu dari Negara China telah membuat laporan Polis
berkaitan mangsa dikatakan telah ditipu oleh syarikat tersebut. Syarikat yang
dimaksudkan adalah MonSpace. Rujukan dibuat mendapati Musa mempunyai kaitan
dengan MonSpace dengan jawatan President MonSpace. Ekoran dari laporan Polis
yang dibuat, pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia
telah mengumumkan akan menjalankan siasatan terhadap syarikat berkenaan
termasuk siasatan terhadap Musa (http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/16/warga-china-lapor-polis-monspace-disiasat-bnm/)
. Malahan Ketua Polis Negara di dalam kenyataan media ada menyebut, akan
memanggil Musa jika ada keperluan bersabit dengan siasatan terhadap MonSpace (https://www.dailymotion.com/video/x5qrfw8_musa-hassan-akan-dipanggil-jika-ada-keperluan-kata-igp_newsMusa).
Musa sebelum ini pernah ditanya oleh media tentang penglibatannya dengan isu di
atas, malangnya beliau enggan untuk memberikan sebarang komen (https://www.youtube.com/watch?v=rfsZaNecpAA)
. Musa juga sebelum ini pernah digesa untuk memberikan jawapan kaitan beliau
dengan MonSpace (https://www.youtube.com/watch?v=NISToYLgLE8)
.
Adakah Musa mengambil langkah
berjaga-jaga sebelum bersetuju untuk menjawat jawatan-jawatan yang ditawarkan
kepadanya oleh syarikat-syarikat di atas. Musa seharusnya memperhalusi dan
membuat tapisan jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat yang beliau
ceburi . Beliau juga seharusnya mempunyai pengetahuan penuh tentang kegiatan
syarikat berkenaan. Sebagai Mantan Ketua Polis Negara masyarakat percaya bahawa
Musa berkebolehan untuk mendapatkan maklumat latar belakang sesebuah syarikat
serta jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut agar tidak
bertentangan dengan sebarang peraturan dan peruntukkan undang-undang negara.
Penglibatan Musa di dalam syarikat seperti ini, seolah-olah memberikan anggapan
positif kepada para pelanggan dan pelabur, dengan pendapat sudah pastinya
syarikat-syarikat ini menjalankan perniagaan yang betul memandang Mantan Ketua
Polis Negara mempunyai posisi di dalam jawatan tertinggi syarikat tersebut.
Dengan kata lain, para pelanggan dan pelabur menaruh kepercayaan penuh terhadap
syarikat tersebut. Makai a memberikan impak besar kepada pelanggan dan pelabur
jika tindakan undang-undang diambil sebagaimana yang dinyatakan di atas. Siapa
yang menjadi mangsa. Sudah pastinya pelanggan dan para pelabur menjadi mangsa
yang melibatkan kerugian ratusan juta ringgit.
Sebelum tindakan undang-undang
diambil, pihak berkuasa berkaitan seperti Bank Negara Malaysia telah seawalnya
mengeluarkan makluman, notis dan amaran kepada semua peringkat. Berpandukan
makluman, notis dan amaran yang dikeluarkan sebelum ini, apakah tindakan yang
di ambil oleh Musa terhadap syarikat yang dikaitkan terhadapnya. Jika Musa
mengambil sikap berdiam diri, apakah pula tanggungan yang sepatutnya
dipertaunggungkan oleh peraturan dan undang-undang terhadap Musa, jika
syarikat-syarikat ini di ambil tindakan undang-undang hingga ke mahkamah, lalu
melibatkan kerugian kepada para pelanggan dan pelabur di dalam syarikat
berkenaan.
Musa seharusnya melakukan sesuatu
diatas isu yang dikaitkan seperti di atas. Sikap berdiam diri sebagaimana yang
ditujukkan olehnya akhirnya akan membawa lebih kesan buruk kepada semua pihak
termasuk PDRM (sebagai Mantan Ketua Polis Negara) dan khasnya kepada para
pelanggan dan pelabur. Musa harus dengan segera melakukan sesuatu agar beliau
tidak dituduh oleh masyarakat melindungi skim cepat kaya.
Comments
Post a Comment