APAKAH KAITAN MONSPACE DAN ZHANG JIAN

MonSpace adalah sebuah syarikat yang hangat diperkatakan sekarang ekoran tersenarai di dalam article yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini, sebagai sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti tidak sah di dalam jenis perniagaan yang di jalankan.

Walau bagaimanapun, pernahkah didedahkan sejarah dan latar belakang MonSpace berkaitan dengan Zhang Jian iaitu lelaki warganegara China yang memperkenalkan dirinya sebagai "Future Riches Man In The World". Sebagai makluman, Zhang Jian merupakan pengasas kepada beberapa skim cepat kaya yang sebelum ini dikenali dengan nama: CDTUP , YSLM , U-Fun . Kesemua syarikat ini telah menghadapi tindakan mahkamah di beberapa buah negara lain, di mana ia beroperasi atas beberapa kesalahan yang melibatkan kesalahan kewangan dan pelaburan.





Merujuk kepada beberapa sumber dan article yang diterbitkan, jelas membuktikan secara sah bahawa pemilik Syarikat MonSpace iaitu Dato' Seri Jesse Lai Chai Suang mempunyai hubungan dengan Zhang Jian. Malah Jesse dikatakan terlibat sepenuhnya di dalam skim CDTUP dan YSLM di dalam negara ini dan juga di luar negara. Persoalannya adakah melalui hubungan istimewa di antara Zhang Jian dan Jesse Lai, memberikan inspirasi kepada beliau untuk mewujudkan Syarikat MonSpace yang menjalankan perniagaan seiras dengan CDTUP dan YSLM.

Zhang Jian pada September 2013, telah ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand di Bangkok dan telah di penjarakan sehingga November 2016. Sebaik sahaja beliau dibebaskan, Zhang Jian terus mewujudkan perniagaan yang sama di atas nama yang berlainan melalui pelaburan emas "Zhang Jian Five Elements Coin". Walau bagaimanapun Zhang Jian tidak lama merasai kebebasan, di mana pada akhir May 2017, beliau telah di tangkap di Indonesia dengan kerjasama pihak berkuasa China dan Indonesia di atas kesalahan yang sama melibatkan kesalahan pelaburan dan kewangan haram.


Walaupun begitu, dapat di lihat akan persamaan jenis kerangka perniagaan yang dijalankan oleh skim YSLM/CDTUP dengan pengenalan dan tawaran perniagaan yang di jalankan dan ditawarkan oleh MonSpace, di mana MonSpace juga menjalankan perniagaan pelaburan emas dengan memperkenalkan MS Coin.



Oleh yang demikian, apakah tindakan lanjut yang akan di ambil oleh pihak berkuasa yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh MonSpace. Adakah ianya terangkum di dalam apa-apa kesalahan dibawah mana-mana peruntukkan undang-undang di dalam Negara. Pihak berkuasa yang dimaksudkan adalah pihak KPDNKK, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, PDRM (AMLA), SPRM(AMLA) dan lain-lain. Pihak berkuasa yang disebut juga tidak seharusnya mendiamkan diri dan melambat-lambatkan tindakan dan siasatan kerana ianya boleh mendatangkan bencana kerugian yang amat besar melibatkan para pelabur yang telah melabur atau bakal melabur. Manakala bagi pihak masyarakat yang telah terlibat atau berkemungkinan terlibat sebagai pelanggan pula, boleh membuat perbandingan jenis perniagaan yang ditawarkan oleh Syarikat MonSpace, adakah ianya seiras dengan skim yang disebutkan di atas atau pun tidak, sebagai panduan sebelum mengambil sebarang tindakan. Pencerahan dari pihak berkuasa berkaitan pula hendaklah dilakukan dengan kadar segera sebelum terlambat.


Comments

Popular posts from this blog

Authorities arrest MBI Group founder, freeze 98 bank accounts totalling RM209m

BN trouble shooter Ramesh Rao Krishnan Naidu, who is he?