APAKAH TINDAKAN BANK NEGARA, PDRM, KPDNKK DAN PIHAK BERKUASA LAIN TERHADAP MONSPACE, NGO PMSP DAN MUSA HASSAN

Sebelum ini sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan iaitu PMSP (Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin) melalui jurucakapnya Tony Tan telah membuat laporan Polis dan telah membuat tuduhan ke atas YB Lim Lip Eng (DAP Segambut) dengan mengatakan bahawa DAP telah dikatakan membuat bayaran kepada 19 orang warganegara China untuk datang ke Malaysia bagi tujuan membuat kekacauan dan membuat laporan Polis terhadap Syarikat MonSpace yang di miliki oleh Dato' Seri Jessy Lai Chai Suang. Tony Tan turut membuat tuduhan sebanyak RM50,000.00 telah diberikan kepada 19 individu tersebut dan mempersoalkan dari mana YB Lim Lip Eng memperolehi sumber kewangan untuk diberikan kepada 19 individu tersebut. https://www.youtube.com/watch?v=jSUCl2tQbLo

Ini adalah ekoran dari tindakan yang di buat oleh 19 individu warganegara China yang datang ke Malaysia dan telah meminta bantuan dari DAP Segambut untuk membuat laporan Polis. Sebanyak 19 laporan Polis dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi, ekoran mangsa 19 individu warganegara China dikatakan telah membuat pelaburan di dalam Syarikat MonSpace bagi tempoh melebihi satu tahun, mangsa dikatakan telah ditipu oleh Syarikat MonSpace kerana dikatakan gagal untuk menunaikan janji keuntungan yang ditawarkan di dalam skim pelaburan MonSpace. https://www.youtube.com/watch?v=onKqX4xWBb4  Keesokkannya ke 19 individu tersebut disertai  oleh YB Lim Lip Eng sendiri telah menyerbu pejabat Syarikat MonSpace di Bukit Jalil untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan dari pemilik syarikat tersebut iaitu Dato’ Seri Jessy Lai. Walau bagaimanapun tiada kata putus diberikan oleh Jessy Lai kepada mangsa dan mangsa tidak berpuas hati lalu telah menimbulkan kekecohan dan ketegangan. 

Insiden ini telah mengheret Mantan Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan di dalam konflik ini kerana dikatakan Mantan Ketua Polis Negara ini adalah President kepada MonSpace dan MonSpace Net Inc.
Pada 15hb Jun 2017 pula seramai 71 individu lain dari negara China telah datang ke Malaysia dan telah menyerbu sekali lagi  Pejabat Syarikat MonSpace di Bukit Jalil. Kesemua mangsa di temani oleh aktivis DAP Ronnie Liew. Di dalam kenyataan media oleh beberapa orang mangsa memaklumkan bahawa Syarikat MonSpace telah menjanjikan 500 peratus (500%) pulangan pelaburan dalam tempoh 6 bulan , manakala jumlah pelaburan wang yang dikatakan oleh mangsa adalah sekitar 10,000 hingga 100,000 Renminbi (RM6260-RM62,600) menerusi skim yang ditawarkan oleh Syarikat MonSpace. 
Kesemua mangsa kemudiannya telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Jalil kerana gagal untuk mendapatkan penjelasan yang memuaskan dan gagal untuk berjumpa dengan pemilik Syarikat MonSpace iaitu Dato Seri Jessy Lai www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/06/15 Chinese-investor-fail-to-meet-monspace-founder-lodge-police-reports/ Jadi kesemua mangsa di dalam kes melibatkan skim pelaburan Syarikat MonSpace adalah berjumlah lebih dari 90 individu. Persoalannya adakah kenyataan yang dibuat oleh NGO PMSP adalah suatu kenyataan palsu berkaitan tuduhan PMSP kepada YB Lim Lip Eng yang dikatakan membuat bayaran kepada mangsa bagi tujuan untuk membuat kacau ke atas Syarikat MonSpace dengan tujuan yang tertentu. Apakah pula tindakan undang-undang yang harus dihadapi oleh PMSP. Adakah PMSP bebas tanpa sebarang sekatan, boleh menyatakan atau membuat sebarang tuduhan sesuka hati. Siapa pula yang mengarahkan PMSP untuk membuat laporan Polis dan kenyataan tanpa usual sedemikian rupa dan siapa pula yang membiayai semua tindak-tanduk PMSP selama ini. Adakah PMSP dibayar oleh Syarikat MonSpace untuk melindungi kepentingan Dato’ Seri Jessy Lai.

Merujuk kepada penglibatan Mantan Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan di dalam Syarikat MonSpace pula, hingga kini beliau enggan memberikan sebarang komen. Walaupun begitu Musa seharusnya bersikap lebih telus, untuk membersihkan nama baiknya di dalam isu ini. Malahan Musa seharusnya lebih peka untuk membersihkan namanya berbanding terlibat di dalam memberikan kenyataan semasa yang lain. Sebelum ini Musa juga ada di kaitkan dengan penglibatannya di dalam syarikat skim cepat MFace.

Manakala bagi pihak berkuasa yang berkaitan iaitu pihak Bank Negara Malaysia (BNM), Polis DiRaja Malaysia(PDRM), Suruhanjaya Sekuriti, KPDNKK dan pihak berkuasa berkaitan lain, haruslah segera mengambil tindakan dan menjalankan siasatan terperinci berpandukan laporan rasmi yang dibuat oleh lebih 90 individu warganegara China tersebut, yang dikatakan menjadi mangsa pelaburan di dalam Syarikat MonSpace. Kelewatan mengambil tindakan, akan menjejaskan hubungan baik di antara Malaysia dan China. Sedikit sebanyak akan menjejaskan usaha gigih Perdana Menteri Malaysia menarik pelaburan dari China ke dalam negara Malaysia. Keyakinan dan kepercayaan pelabur dari negara China harus dikekalkan 


Comments

Popular posts from this blog

Authorities arrest MBI Group founder, freeze 98 bank accounts totalling RM209m

BN trouble shooter Ramesh Rao Krishnan Naidu, who is he?

APAKAH KAITAN MONSPACE DAN ZHANG JIAN