Iklan Mengelirukan oleh MonSpace

Sebagaimana yang sedia maklum oleh semua peringkat masyarakat, jika di semak melalui paparan Google, mendapati MonSpace telah mengiklankan syarikat penerbangan Suasa Airline bersama-sama dengan MonSpace Sky Airline. Adakah Syarikat MonSpace mempunyai syarikat penerbangannya sendiri di bawah nama MonSpace Sky Airline yang sah disisi mana-mana peruntukkan dan peraturan?

Semakan dibuat melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat Suasa Airline adalah sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan MonSpace Skyline. Walau bagaimanapun pengiklanan ini di sebarkan secara meluas, seolah-olah memperlihatkan Suasa Airline adalah milik syarikat MonSpace. Iklan ini begitu mengelirukan semua pihak. Malahan ianya di sebarkan di luar negara bagi tujuan kepentingan pelaburan bagi tujuan menarik pelaburan pihak-pihak tertentu dari luar negara.

Persoalannya adakah pihak berkuasa terlepas pandang atas kesalahan pengiklanan ini, terutamanya merujuk kepada bidang kuasa KPDNKK dan juga pihak SSM sendiri. Malahan dikhabarkan bahawa ketika pelancaran MonSpace Sky Airline/Suasa Airline pada Julai 2016 yang lepas, syarikat MonSpace telah membawa penumpang terdiri dari pelabur-pelabur dari negara China dari Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Langkawi. Manakala pihak berkuasa MAVCOM tidak pernah memberikan sebarang kebenaran kepada Suasa Airline untuk melakukan penerbangan. Oleh itu Suasa Airline telah di ambil tindakan undang-undang dibawah kesalahan Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2017/01/09/suasa-airlines-didenda/#fYIpTMaOxe2gUXEq.99 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, untuk pertama kalinya di dalam sejarah penerbangan Negara. Ekoran itu Suasa Airline telah dijatuhkan hukuman denda RM380,000.00 

Dimaklumkan juga bahawa, walaupun tidak mempunyai sebarang kebenaran yang sah oleh MAVCOM untuk membuat penerbangan pada tarikh kejadian, Suasa Airline atas desakan MonSpace terpaksa juga membuat penerbangan itu kerana MonSpace sudah mempunyai undangan pelabur -pelabur dari negara China sebagaimana yang dijanjikan untuk melakukan penerbangan demo yang dikatakan sebagai MonSpace Sky Airline.

Bukan setakat memperkenalkan MonSpace Sky Airline sebagai makluman pengiklanan syarikat MonSpace untuk memberikan keyakinan kepada para pelabur, malahan sebuah pulau juga dikatakan sebagai milik syarikat MonSpace yang di namakan sebagai MonSpace Sands Island . Pulau ini telah dikenal pasti sebagai bukan MonSpace Sands Island tetapi ianya adalah sebenarnya Pulau Langkawi. Iklan ini mengelirukan pelabur luar negara kerana pelabur-pelabur ini tidak tahu maklumat sebenar berkenaan status pulau ini .

Pihak MonSpace seharusnya bersikap lebih terbuka, telus di dalam menyampaikan maklumat pengiklanan berkenaan status perniagaan yang dijalankan. Kekeliruan pelabur boleh mendatangkan kerugian kepada pelabur dan memberikan keuntungan padu kepada pihak-pihak yang berkaitan. Manakala pihak berkuasa yang berkaitan juga harus peka dan pro-aktif berkaitan isu yang di utarakan di atas. 

Comments

Popular posts from this blog

Authorities arrest MBI Group founder, freeze 98 bank accounts totalling RM209m

BN trouble shooter Ramesh Rao Krishnan Naidu, who is he?

Felda 2.0: Apakah tujuan sebenar program ini? Bhg 1