KREDIBEL KAH MUSA SEBAGAI AHLI PANEL PENASIHAT OPERASI SPRM (PPO)

Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan cukup dikenali sebagai individu yang jujur dan komited ketika beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara.

Banyak isu penting yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Antaranya adalah kes Pembunuhan Altantuya yang menjadikan negara Malaysia sebagai tumpuan mata dunia.
Malahan Musa amat digeruni oleh kumpulan sendiket kerana banyak mengambil tindakan ke atas mereka hingga memaksa kebanyakan dari Ketua Kumpulan Sendiket terpaksa melarikan diri ke luar negara.

Latar belakang beliau sebagai anak sulung kepada Tan Sri Haji Hassan, seorang tokoh ugama, cukup disegani sehingga kini.

Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Musa telah dikatakan terlibat di dalam syarikat skim cepat kaya, melalui jawatan-jawatan yang disandang olehnya. 


91 akaun bank menyimpan RM177 juta dibekukan selepas serbuan di Ibu Pejabat MBI Group International dan 5 premis lain di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur Isnin lepas, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada tarikh 30 May 2017.

“Berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi semasa serbuan skim Mfc Club dan syarikat terlibat juga disyaki melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 4 (1) Amla," kata Roslan pada sidang media di Putrajaya petang ini. (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/4062/) . 

Tindakan susulan dan berkaitan oleh pihak KPDNKK telah dibuat ekoran serbuan pertama, pada 20 Jun 2017 ke atas MBI International . (https://www.malaysiakini.com/news/386199) .

Apakah kaitan Musa dengan MBI Group yang telah diambil tindakan oleh pihak KPDNKK.


Musa dinyatakan sebagai MBI Group Consultant dan sudah pastinya menerima pendapatan yang dibayar oleh syarikat berkenaan melalui nasihat-nasihat yang diberikan oleh beliau. Bukan itu sahaja malah Musa turut dikatakan terbabit di dalam skim cepat kaya yang lain iaitu MonSpace. 


Syarikat MonSpace baru-baru ini telah “diserang” oleh lebih 80 individu dari negara China yang dikatakan tidak berpuas hati terhadap bayaran dividen pelaburan yang gagal di penuhi sebagaimana yang dijanjikan.

Syarikat MonSpace menjanjikan pembayaran 500 peratus dari jumlah pelaburan asal dalam tempoh 6 bulan.

Semua individu tersebut telah membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi dan Balai Polis Bukit Jalil. (https://www.youtube.com/watch?v=onKqX4xWBb4) , (http://www.kinitv.com/video/48600O74) .

Manakala pihak Polis dan Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi akan menjalankan siasatan ke atas aduan yang di buat oleh kumpulan warganegara China tersebut terhadap MonSpace (http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/16/warga-china-lapor-polis-monspace-disiasat-bnm/


Sebagai Mantan Ketua Polis Negara, Musa turut menjadi ahli Panel Penasihat Operasi SPRM (PPO). Kaitan Musa dengan syarikat-syarikat yang dikatakan menjalankan kegiatan skim cepat kaya seperti di atas, pastinya akan menjejaskan kredibiliti Musa sebagai ahli Penal Penasihat Operasi SPRM.

Jika dikatakan bahawa Musa tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang aktiviti dan kegiatan yang dijalankan oleh syarikat tersebut ianya hanya satu alasan yang tidak munasabah.

Musa sebagai Mantan Ketua Polis Negara mempunyai “access” untuk membuat semakan sama ada melalui Polis Diraja Malaysia, mahupun melalui Bank Negara Malaysia.

Bukan setakat terlibat secara memegang jawatan tertentu di dalam syarikat di atas, Musa juga terlibat secara lansung di dalam menjaga keselamatan pemilik syarikat MonSpace, melalui syarikat kawalan keselamatan milik beliau sendiri iaitu Viper Force Sdn Bhd (941514-M) (http://www.viperforce.com.my/) . Keselamatan pemilik MonSpace terjaga rapi oleh syarikat Viper Force Sdn Bhd.

Persoalannya, apakah implikasinya terhadap Panel Penasihat Operasi (SPRM) sedangkan penglibatan Musa dengan syarikat-syarikat di atas, jelas dan bukannya satu tomahan, malah masyarakat juga berpengetahuan akan kepentingan Panel Penasihat Operasi (PPO) SPRM di dalam memberikan nasihat dan arahan tertentu di dalam kesemua kes berprofil tinggi yang melibatkan kepentingan negara.  




Comments

Popular posts from this blog

Authorities arrest MBI Group founder, freeze 98 bank accounts totalling RM209m

BN trouble shooter Ramesh Rao Krishnan Naidu, who is he?

APAKAH KAITAN MONSPACE DAN ZHANG JIAN