MonSpace dan Pak Man Telo
Sejak akhir-akhir ini timbul pula Syarikat baru yang hangat
diperkatakan sebagai sebuah syarikat pelaburan yang sedang meletop. Ramai yang
melabur dalam syarikat ini kerana ianya di katakan mendapat kepercayaan dan
keyakinan penuh kerana terdapat orang yang berpengaruh iaitu mantan Ketua Polis
Negara Tan Sri Musa Hassan. Syarikat yang dimaksudkan adalah MonSpace serta
anak-anak syarikatnya. Para pelabur pula berpendapat bahawa syarikat ini
menjalankan perniagaan yang sah di sisi undang-undang kerana ianya berpaksikan
Tan Sri Musa iaitu Mantan Ketua Polis wujud di dalam syarikat tersebut.
Keyakinan ini meluap-luap sehingga ke luar negara dan menarik ramai pelabur
dari Negara-negara lain terutama negara China, malah kini didengari hingga ke
negara Jepun, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, India malah cuba
memasuki negara-negara Afrika dan Timur Tengah.
Walau bagaimana pun pihak berkuasa Suruhanjaya Syarikat
Malaysia ( SSM ) telah mengeluarkan kenyataan iaitu “5 Syarikat MonSpace
sekadar syarikat kerangka kosong”. Persoalannya, adakah sekadar kenyataan
sahaja yang dikeluarkan oleh SSM? Apakah tindakan lanjut yang harus di ambil
oleh SSM terhadap MonSpace berpandukan peruntukan undang-undang yang
dikuatkuasakan oleh SSM? Sehingga kini tiada sebarang maklum balas oleh SSM
kepada masyarakat untuk mengetahui status perkembangan terkini MonSpace.
SSM
harus segera memaklumkan perkembangan bagi mengelakkan kelewatan yang membawa
padah kepada pelabur di kemudian hari. Banyak yang telah berlaku dan ramai yang
telah menjadi mangsa. Adakah mangsa selanjut akan terus menjadi mangsa ekoran
kelewatan maklum balas dari pihak berkuasa berkenaan sebagai amaran dan nasihat
kepada semua peringkat masyarakat. 


Comments
Post a Comment