PROGRAM MONSPACE AGRO KELANTAN - MELIBATKAN MANTAN KETUA POLIS NEGARA?
Syarikat
MonSpace baru-baru ini telah diperkatakan akan di siasat oleh Polis Diraja
Malaysia dan Bank Negara Malaysia, ekoran dari laporan Polis yang dibuat oleh
19 individu warganegara China pada pertengahan May 2017 dan 71 individu
warganegara China pada tengahan Jun 2017. Siasatan adalah menjurus kepada
mangsa yang dikatakan telah ditipu oleh MonSpace kerana gagal menunaikan
tawaran keuntungan pelaburan yang dijanjikan sejak September 2016 (http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/16/warga-china-lapor-polis-monspace-disiasat-bnm/)
Semakan
lanjut tawaran pelaburan MonSpace mendapati terdapat program agro yang
dirancang akan dilaksanakan di Kelantan di atas sebidang tanah seluas 2286.45
ekar ( PT.2192 - Mukim Membong, Daerah
Batu Mengkebang, Kuala Krai ). Rancangan ini telah disebarkan maklumannya di
dalam internet melalui laman ( http://monspaceglobal.blogspot.my/2017/03/monspace-kelantan-agriculture-in-kuala.html .) Program ini
dilihat mampu memberikan kesan positif terhadap perkembangan ekonomi negeri
Kelantan. Turut boleh boleh dirujuk pengiklanan program agro ini melalui laman
You Tube - MonSpace Agricultural Project in Kelantan ( https://www.youtube.com/watch?v=qB43ZECXaBU).
Projek
agro tersebut juga turut ditawarkan pembelian Saham IPO dan peserta program
turut ditawarkan untuk membuat pembelian lot tanah berkenaan melalui pembiayaan
pinjaman dengan nilai RM330,000.00 bagi tempoh bayaran semula sehingga 30
tahun.
Walau
bagaimanapun persoalannya, bagaimanakah tanah yang luas ini boleh diperolehi
oleh MonSpace? Siapakah pemilik asal tanah ini? Manakala dikhabarkan bahawa
tanah ini adalah milik sebuah koperasi . Sejauh mana kebenaran maklumat ini
haruslah di siasat oleh pihak berkuasa berkaitan, di dalam perkembangan
siasatan yang akan di jalankan. Jika tanah ini dibeli maka, berapakah nilai
yang di bayar oleh Syarikat MonSpace? Adakah bayaran yang di buat setimpal dengan harga pasaran semasa nilai tanah tersebut. Dan dari manakah sumber kewangan yang
diperolehi oleh Syarikat MonSpace untuk membuat bayaran pembelian tanah
tersebut? Adakah sumber kewangan tersebut adalah sah di sisi undang-undang.
Memandangkan
Mantan Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan mempunyai kaitan dengan
Syarikat MonSpace, adakah beliau secara peribadinya terlibat di dalam urusan pembelian
berkaitan tanah ini. Sebagaimana diketahui Musa juga dikatakan adalah Penasihat kepada
Istana Kelantan. Adakah Musa menyalah gunakan kedudukan dan kuasa beliau
sebagai individu yang ada kaitan dengan Istana Kelantan bagi sebarang kedudukan
atau status, bidang tanah tersebut dengan Syarikat MonSpace. Oleh yang demikian
pihak berkuasa Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia hendaklah
pro-aktif, cekap dan bijak di dalam menjalankan siasatan berkaitan isu di atas.
Pihak Pejabat Tanah (http://www.ptjkk.kelantan.gov.my/v4/index.php?lang=ms) harus di soal dan di siasat dengan telus agar
mendapat jawapan yang jelas kepada pihak masyarakat khasnya kepada bakal
peserta program agro tersebut dan juga pelabur di dalam program ini. Jika
berlaku salah laku dan salah guna kuasa, SPRM harus campur tangan.
Persoalan seterusnya, apakah kesan dan akibat terhadap
status tanah tersebut sekiranya siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa
menjurus kepada sumber kewangan yang tidak sah di sisi undang-undang. Adakah
tanah tersebut akan dirampas oleh pihak berkuasa? Apakah yang akan berlaku
seterusnya? Bagaimanakah tanah itu yang tidak diketahui status bumiputera atau
pun tidak boleh terlepas kepada sebuah syarikat yang bukan milik bumiputera?
Adakah benar wujudnya jaminan dari badan kewangan yang sah di sisi
undang-undang untuk memastikan betulnya wujud tawaran pembiayaan bagi pinjaman pembelian lot tanah
tersebut kepada peserta yang berminat atau sekadar "halua telinga"
dengan tujuan untuk menarik perhatian pelabur dan peserta program agro tersebut.
Kita sama-sama tanggu perkembangan lanjut hasil siasatan dari pihak berkuasa
Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan SPRM
Comments
Post a Comment