ROYAL PEDAS :ADA SIJIL HALAL? BETULKAH? APA HUKUM DI SISI ISLAM DAN APAKAH TANGGUNG JAWAB JAKIM?


Baru-baru masyarakat diperkenalkan dengan Cili Sos jenama Royal Pedas. Pengenalan produk ini telah dibuat secara besar-besaran di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Malahan pihak pengeluar pernah menganjurkan pertandingan makan sos cili tersebut, sambil menyediakan hadiah berbentuk wang tunai yang lumayan kepada pemenang paling banyak memakan sos tersebut tanpa dicampurkan dengan makanan lain. Bukan setakat itu sahaja, pengiklanan produk ini juga dibuat menggunakan kenderaan dengan corak warna yang menarik.



Kejayaan pengenalan produk ini telah membuahkan hasil dengan pengedaran produk di seluruh Lembah Klang. Malahan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengguna. Turut dikatakan bahawa syarikat berkenaan di dalam usaha untuk meluaskan pasaran ke negara-negara jiran serta negara Timur Tengah.


Walau bagaimanapun produk makanan ini mempunyai banyak tanda tanya dan diragui kerana ianya betul-betul mirip dengan satu lagi produk iaitu “Chilli King Extra Hot”. 





Berbalik kepada produk Royal Pedas, apabila di semak mendapati tertera pada sricker dibotolnya:
1)     Nama Produk/jenama: Royal Pedas Super Hot
2)   Diedarkan oleh: RS Majestic Sdn Bhd (1184176-W), manakala tiada dicatitkan sebarang informasi lain berkenaan pembekal /pengedar tersebut.
3)     Royal Pedas by World Class Chef
4)     Master Chef Yong Lam Lee
5)     Logo sijil Halal
6)    Tiada di tulis maklumat pengilang dan alamat pengilang









Manakala semakan kepada produk Chilli King Extra Hot pula mendapati pada sticker botol produk adalah:
1)      Nama Produk/Jenama: Chilli King Extra Hot
2)      Tiada informasi pengedar
3)      World Association of Master Chefs
4)      Endorse by Master Chef Yong Lam Lee ( sama seperti tertera pada sticker produk Royal Pedas )
5)      Tiada alamat pengilang
6)      Tiada logo halal 






Persoalan yang timbul, adakah berlaku perniagaan yang dikatakan sebagai “perniagaan salin kulit”? Semakan telah dibuat kepada pihak berwajib iaitu JAKIM melalui http://www.halal.gov.my/v4/ dengan merujuk kepada semua maklumat yang dikehendaki seperti di atas mendapati tiada direkodkan pemilikan sijil halal bagi produk cili sos jenama Royal Pedas mahupun jenama Chilli King Extra Hot.

Persoalannya adakah pihak berkuasa KPDNKK, JAKIM serta persatuan-persatuan pengguna Islam yang lain (http://www.ppim.org.my/) , (http://www.pengguna.org.my/) ,  telah terlepas pandang. Begitu juga pihak berkuasa JPJ ke atas penyalahgunaan kenderaan peribadi bagi tujuan pengiklanan seperti di atas.

Apakah pula implikasi bagi pengguna yang tidak mengetahui status halal produk ini dan hukum di sisi Agama Islam. Mohon pembaca untuk merujuk (http://www.ilmusunnah.com/halal-dan-haram-makanan-dalam-islam/). Kegagalan mengambil tindakan jika terdapat kesalahan berkaitan boleh membawa kepada kemusnahan amalan dan pahala pengguna beragama Islam .






















Comments

Popular posts from this blog

Authorities arrest MBI Group founder, freeze 98 bank accounts totalling RM209m

BN trouble shooter Ramesh Rao Krishnan Naidu, who is he?

APAKAH KAITAN MONSPACE DAN ZHANG JIAN