SELEPAS INI SIAPA LAGI YANG MENJADI MANGSA DAN APA PULA TANGGUNGAN PEMEGANG JAWATAN TERTINGGI MBI DARI SUDUT TINDAKAN PIHAK BERKUASA


Semalam Negara dikejutkan lagi dengan tindakan lanjut oleh pihak KPDNKK ke atas syarikat skim cepat kaya . Pihak KPDNKK telah membuat tangkapan ke atas seorang penama iaitu : Tedy Teow pengasas kepada MBI International (http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pengasas-skim-pelaburan-wang-haram-dicekup-1.692633) . Mohd Roslan berkata, lelaki terbabit kini direman empat hari bermula kelmarin bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.
"Lelaki terbabit ditahan dalam operasi khas, Ops Token II yang diadakan pada 19 Jun lalu kira-kira jam 6.30 pagi. Operasi itu melibatkan Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, National Revenue Recovery Enforment Team (NRRET), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan polis Bukit Aman.
"Dalam operasi itu, kita menyerbu tiga kediaman iaitu satu di Sungai Dua, Butterworth manakala dua lagi di dua buah rumah mewah berasingan di Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah. Operasi ini susulan daripada Ops Token I terhadap skim yang sama pada 29 Mei lalu di Lembah Klang dan M Mall, Pulau Pinang," katanya kepada media.
Beliau menambah, pihaknya menyita empat akaun baharu milik syarikat milik saudara suspek skim tersebut bernilai RM30 juta.
"Serbuan di kediaman pertama iaitu di Sungai Dua, kita berjaya menyita wang tunai bernilai RM280,000 manakala di kediaman kedua (Kulim), sejumlah RM187,612 wang tunai dirampas. Selain itu, kita juga merampas wang tunai pelbagai mata wang asing antaranya Thailand, Australia dan Amerika Syarikat bernilai RM218,000 di kediaman yang sama.

"Selain rampasan wang tunai, kita turut menyita tiga buah kereta mewah iaitu Jaguar bernilai RM350,000, Range Rover (RM900,000) dan Toyota Vellfire (RM300,000) di kediaman kedua tersebut. Sementara itu, tiada rampasan dibuat di kediaman ketiga. Jumlah keseluruhan sitaan adalah RM2.24 juta manakala nilai pembekuan akaun berjumlah RM30 juta menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM32. 24 juta," katanya. 



Sebelum ini pihak KPDNKK telah pun membuat serbuan dan rampas terhadap syarikat yang sama iaitu MBI International pada 31 May 2017 . Tindakan awal pihak KPDNKK merupakan tindakan pro-aktif yang dilihat sebagai tindakan berani dan prihatin terhadap mangsa yang mengalami kerugian ratusan juta Ringgit (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/3939/)  .

Walau bagaimana pun apakah pula tindakan yang akan di ambil oleh pihak berkuasa terhadap individu-individu berjawatan tinggi di dalam syarikat tersebut. Adakah kesemua mereka ini akan terlepas dari tindakan undang-undang. Pihak berkuasa haruslah bersikap adil dan saksama. Individu-individu berjawatan tinggi di dalam syarikat berkenaan semestinya mempunyai pengetahuan di dalam aktiviti yang di jalankan oleh syarikat tersebut melalui pembentangan minit mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat setiap bulan. Jika individu tersebut menyatakan bahawa mereka sama sekali tidak tahu akan aktiviti yang di jalankan oleh syarikat tersebut, maka ianya hanyalah satu alasan untuk melepaskan diri dari tanggungan yang sepatutnya disabitkan sebagai “bersubahat” di dalam menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

Authorities arrest MBI Group founder, freeze 98 bank accounts totalling RM209m

BN trouble shooter Ramesh Rao Krishnan Naidu, who is he?

APAKAH KAITAN MONSPACE DAN ZHANG JIAN