Syed Saddiq : 5 juta US ke Yayasan Clinton Untuk Pengaruhi DOJ
Sebelum Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika
Syarikat (AS) membuat serangan kedua terhadap 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) pada 15 Jun 2017, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengetahui
maklumat itu dan memberitahu tiga Exco pemudanya berkenaan maklumat tersebut.
Syed Saddiq dikatakan mendapat maklumat tersebut ketika beliau berada
bersama-sama Tun Mahathir.
“Selepas mesyuarat dengan Mahathir dan Daim,
Syed Saddiq memanggil tiga orang Exco Armada untuk memberi penjelasan mengenai
apa yang akan berlaku,” dedah RPK dalam artikel bertajuk “Syed Saddiq
Knew The US-DoJ Attack Was Coming“.
Dakwa RPK, dalam
pertemuan dengan tiga Exco Armada itu, Syed Saddiq telah memberitahu bahawa
Daim membelanjakan RM50 juta untuk menjayakan operasi itu dan sebahagiannya
dibayar kepada Yayasan Clinton.
“Syed Saddiq juga
memberitahu tiga Exco Armada bahawa RM50 juta dibelanjakan untuk operasi ini
(ada yang disalurkan kepada Sarawak Report) dan Yayasan Clinton menerima AS $ 5
juta, atau kira-kira RM22 juta daripada RM50 juta itu, dan Daim yang menyusun
pembayaran itu melalui ‘orang tengah’. (https://aidcnews.wordpress.com/2017/06/19/syed-saddiq-sudah-tahu-sebelum-serangan-doj-dilancarkan/)
Kebocoran maklumat ini
telah menjadi viral di dalam berita media social dan menjadi sebutan dibibir
rakyat. Walau bagaimanapun, disarankan agar pihak berkuasa terlibat hendaklah
menjalankan siasatan, sama ada maklumat ini tepat atau pun tidak sebelum diambil
tindakan demi menyelamatkan negara.
Terdapat ura-ura pihak
tertentu akan menghantar satu pasukan untuk mendapatkan penjelasan dari Yayasan
Clinton dan memohon agar Yayasan Clinton mendedahkan dana yang dikatakan telah
disalurkan oleh Tun Mahathir melalui Tun Daim Zainuddin. Manakala pasukan
tersebut pula dikatakan tidak mempunyai kaitan lansung dengan kerajaan Malaysia
secara sahnya. Pihak berkaitan yang melantik pasukan tersebut disarankan untuk mempertimbangkan
kredibiliti, sahsiah dan keperibadian ahli kumpulan, latar belakang ahli
kumpulan, agar disegani oleh masyarakat. Kesan tindakan kumpulan ini juga harus
dipertimbangkan sama ada ianya memberikan impak positif terhadap penerimaan
fikiran rakyat atau sebaliknya.
Tindakan ini dianggap
satu langkah positif, walau bagaimanapun ianya tidak kena pada tempatnya kerana
pasukan yang dilantik ini tidak mempunyai “platform dan kekuatan rasmi”
mewakili kerajaan dan negara Malaysia untuk menjalankan tugas tersebut.
Pihak kerajaan
disarankan untuk menghantar pihak berwajib yang sah seperti Duta Malaysia di
Amerika Syarikat atau Menteri Luar Negara sebagai agen kerajaan yang untuk
menjalankan tugasan ini.
Selain itu pihak
kerajaan juga seharusnya mempertimbangkan kebenaran maklumat ini. Fakta yang
harus dipersoalkan adalah adakah benar terdapat aliran 5juta US disalurkan
kepada Yayasan Clinton. Bagaimanakah pembayaran tersebut disalurkan. Siapakah
yang membuat bayaran tersebut. Siapakah penerima bayaran tersebut di dalam
Yayasan Clinton. Apakah kaitan Yayasan Clinton dengan DOJ. Siapakah individu
pengkhianat di dalam Yayasan Clinton yang menjadi dalang kepada DOJ. Siapa pula
individu pengkhianat di dalam DOJ yang berniat untuk memporak perandakan
negara. Jangan sampai, maklumat yang tidak sah ini, dikendong oleh pihak
berwajib untuk mencari jawapan sedangkan ianya hanya lah “omong kosong” untuk
mengkucar kacirkan negara.
Comments
Post a Comment