TINDAKAN SAMAN SARAWAK REPORT OLEH PAS, BUKTI SARAWAK REPORT TIDAK KEBAL
Sebelum ini masyarakat telah
menggesa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan perundangan ke atas Portal
Sarawak Report yang diterajui oleh Clare RewCastle Brown di atas siri artikel
blog yang diterbitkan dari London. Sarawak Report dikatakan banyak menyebarkan
fakta yang dikatakan sebagai palsu oleh pihak kerajaan sejak sekian lama.Sarawak
Report dikatakan mempunyai hubungan kait dengan bekas Perdana Menteri Malaysia
iaitu Tun dr Mahathir Mohammad. Portal ini turut dikatakan menerima dana dan
arahan dari Tun Mahathir.
Sarawak Report menerusi Clare
Brown terus membuat serangan demi serangan terhadap pentadbiran negara Malaysia
melalui isu-isu hangat seperti SRC International dimana RM42 juta dimasukkan ke
dalam akaun Perdana Menteri Dato Seri Najib, 1MDB, dana RM2.6 Billion, bayaran RM9.5
juta melalui akaun peribadi Najib kepada Tan Sri Shafiee dan yang terkini
adalah pendedahan pembayaran sebanyak RM50 juta kepada Yayasan Clinton oleh Tun
Mahathir melalui Tun Daim Zainuddin bagi tujuan mempengaruhi siasatan DOJ terhadap
1MDB .
Walau bagaimanapun sebuah parti
politik yang selama ini dilihat sebagai parti yang tidak agresif telah
mengambil tindakan drastic telah berjaya mengambil tindakan saman ke atas
Sarawak Report dan Clare Brown. Parti tersebut adalah PAS yang bersusah payah
ingin menegakkan kebenaran bahawa pihak PAS sama sekali tidak pernah menerima
sebarang dana yang dikatakan bernilai RM90 juta , diterima dari pihak UMNO
sebagaimana yang disebut di dalam artikel yang terbitkan oleh Sarawak Report sebelum
ini. Saman tersebut difailkan oleh Presiden Parti iaitu Datuk Seri Abdul Hadi
Awang terhadap Clare Brown dan Sarawak Report (http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/28/editor-sarawak-report-sahkan-terima-surat-saman-pas/)
.
Saman PAS telah difailkan di
Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017. Pihak PAS walaupun secara “sederhana”
bertindak bijak dan mengikut aturcara prosiding perundangan sivil di Malaysia
dan di Britain dengan bantuan Firma Guaman Carter Ruck di London (http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/1281-pas-lancar-dana-saman-sarawak-report)
. Manakala Clare Brown juga mengesahkan bahawa beliau telah menerima saman
tersebut dan menyerahkan kepada pihak peguamnya untuk tindakan selanjutnya.
Tindakan PAS seharusnya dicontohi
oleh pihak kerajaan, agensi yang berkaitan dengan kerajaan, GLC kerajaan dan
NGO-NGO pro-kerajaan untuk mengambil tindakan yang sama terhadap Portal Sarawak
Report dan Clare Brown. PAS sekali gus membuktikan secara sah bahawa Sarawak
Report dan Clare Brown bukanlah “kebal” untuk diambil tindakan.
Maruah negara kini dikatakan
telah tercalar angkara artikel yang disebarkan oleh Portal Sarawak Report.
Malaysia menjadi perhatian mata dunia dengan pendedahan yang dibuat oleh
Sarawak Report terutamanya berkaitan dengan isu 1MDB, Perdana Menteri Dato Seri
Najib dan isteri serta isu-isu salah laku dan penyelewengan yang dikatakan
berlaku di dalam negara ini. Jika benar Sarawak Report dan Clare Brown adalah
dalang utama, mencalarkan maruah dan nama baik negara, kenapa tindakan seperti
ini tidak diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan. Sampai bilakah Sarawak
Report dan Clare Brown harus dibiarkan bermaharajalela merosakkan nama negara
di mata dunia.
Comments
Post a Comment