ADAKAH BENAR FELDA KEHILANGAN TANAH DI JALAN SEMARAK DAN SHAHRIR
SEBAGAI PENYELAMAT FELDA
Part : 2
Sebagaimana yang telah dinyatakan
pada Part 1 sebelum ini, ekoran dari persetujuan semua pihak termasuklah Ahli
Lembaga Pengarah FELDA dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) pada 24hb
Januari 2014 telah mengeluarkan “Letter of Award” kepada syarikat Synergy
Promenade Sdn Bhd (SPSB) sebagai lantikan rasmi “Master Developer” di
dalam projek pembangunan tanah milik FELDA di Jalan Semarak.
Kemudiannya pada 2hb Jun 2014
satu persetujuan, dari semua pihak yang terlibat di atas, telah mewujudkan satu kerjasama iaitu “Development Agreement-Pertama”, di antara syarikat SPSB dengan pihak
FIC / FELDA telah pun ditanda tangani. Manakala adalah dipercayai sepenuhnya
bahawa isi kandungan “Development Agreement-Pertama”, sudah
semestinya di semak secara “maximum evaluation” oleh semua
pihak yang berkaitan, yang juga pihak-pihak utama yang telah bersetuju membuat
persetujuan di dalam perjanjian ini. Sebagai entiti kerajaan yang berusia 58
tahun pada ketika itu, FELDA ditafsirkan sebagai cukup matang dan
berpengetahuan untuk mengetahui, menyedari serta menilai kesan akibatnya,
disamping mendapat nasihat yang tepat dari Unit Perundangan FELDA. Jika isi
kandungan “Development Agreement-Pertama” ini seakan-akan “berat sebelah”
atau lebih tepat tidak mengandungi isi kandungan yang menitik beratkan
kepentingan FELDA, kenapa ianya perlu ditanda tangani dan dipersetujui?
Seterusnya biar kita lihat apakah
isi kandungan penting yang terkandung di dalam perjanjian-perjanjian berkenaan.
Ayat utama yang tertera adalah:
“THE MASTER DEVELOPER
shall prepare all necessary application and shall do all acts”. Ayat ini
mengandungi maksud yang sangat luas malah memberikan kuasa yang sangat besar
kepada syarikat SPSB di dalam mengambil sebarang tindakan tanpa sebarang
sekatan.
Walau bagaimana pun ianya masih
tertakluk bagi tujuan untuk memastikan kejayaan pembangunan di atas tanah
berkenaan.
FELDA juga sememangnya mengetahui
status tanah yang dimaksudkan bagi tujuan pembangunan tersebut. Kepelbagaian
status tanah-tanah berkenaan haruslah di ubah kepada status komersil bagi
tujuan pembangunan.
Maklumat yang diterima jelas menterjemahkan bahawa syarikat
SPSB telah membelanjakan wang sebanyak RM40 juta bagi kerja-kerja pengubahan
status tanah itu berpandukan peruntukan, peraturan dan keperluan sebagaimana
yang di kehendaki oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Kos bagi
perkara di atas sepenuhnya ditanggung oleh syarikat SPSB tanpa sebarang bantuan
dari pihak FELDA.
Tan Sri Shahrir Samad sepatutnya mengambil maklum akan
persetujuan-persetujuan yang telah di capai oleh pihak-pihak yang terlibat
sebelum menunding jari kepada mana-mana pihak.
Apa yang ingin ditegaskan di sini
adalah kesan dan akibatnya di atas kesemua persetujuan oleh kesemua pihak-pihak
yang terlibat, sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini. Sekali lagi ingin
disebut persetujuan yang terkandung di dalam isi kandungan
perjanjian-perjanjian serta semua persetujuan yang lain pastinya telah
dibuat “maximum evaluation” oleh
kesemua pihak yang terlibat, secara matangnya dan dengan “full of knowledge”
sebelum ianya di tanda tangani. Ia menjurus kepada anggapan bahawa satu nasihat
tepat telah diberikan oleh Unit Perundangan FELDA kepada FIC ataupun kepada
FELDA sendiri berkaitan kesemua perkara di atas.
Sepanjang 2014 hinggalah 2017,
segala persetujuan tidak dibuat sekali gus. Ianya melibatkan perbincangan demi
perbincangan dan persetujuan demi persetujuan. Maka terdedah pula ada
berlakunya perubahan demi perubahan terhadap komponen pembangunan merujuk
kepada komponen pembangunan asal yang dipersetujui pada 2014.
Berikut adalah
perubahan-perubahan komponen pembangunan yang di cadangkan dan dipersetujui
oleh pihak-pihak yang berkaitan. Walau bagaimanapun di tegaskan bahawa
perubahan komponen-komponen pembangunan ini memberikan kesan yang amat besar
terhadap modal aliran tunai sepertimana yang dipersetujui sebagaimana awalnya
pada tahun 2014:-
Perubahan demi perubahan komponen pembangunan menyebabkan gangguan terhadap modal aliran asal persetujuan projek ini dari ratusan juta ringgit kepada berbillion ringgit. |
Rata-rata rakyat Malaysia
terutama warga FELDA yang berkepentingan di dalam isu ini, bertanyakan apakah
kuasa yang membolehkan pertukaran hak milik tanah berkenaan dari pemilik asal
kepada pemilik baru. Isu ini hangat diperbincangan disegenap pelusuk negara.
Walau bagaimanapun penjelasan di atas haruslah di ambil kira sebagai punca
utama kejadian.
Pihak syarikat SPSB juga dimaklumkan telah membuat penghantaran Notis Pemberitahuan kepada FIC / FELDA bahawa akan berlakunya proses pertukaran hak milik tanah berkenaan. Notis Pemberitahuan tersebut telah disiapkan pada 8hb November 2016 dan telah di hantar secara rasminya pada 14hb November 2016 kepada Jabatan Pengurusan Tanah FELDA. Walau bagaimanapun sekiranya FELDA merasakan ianya adalah sesuatu yang amat penting, kenapa tiada sebarang bantahan di buat oleh FIC / FELDA kepada pihak-pihak berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian Wilayah atau kepada pihak syarikat SPSB sendiri? Atau setidaknya menghubungi syarikat SPSB dan memaklumkan bantahan secara lisan.
Selain itu dipercaayai pihak Jabatan Pengurusan Tanah FELDA telah memberi kerjasama untuk membekalkan beberapa dokumen yang berkaitan bagi tujuan proses penukaran hak milik tanah tersebut.
Pihak syarikat SPSB juga dimaklumkan telah membuat penghantaran Notis Pemberitahuan kepada FIC / FELDA bahawa akan berlakunya proses pertukaran hak milik tanah berkenaan. Notis Pemberitahuan tersebut telah disiapkan pada 8hb November 2016 dan telah di hantar secara rasminya pada 14hb November 2016 kepada Jabatan Pengurusan Tanah FELDA. Walau bagaimanapun sekiranya FELDA merasakan ianya adalah sesuatu yang amat penting, kenapa tiada sebarang bantahan di buat oleh FIC / FELDA kepada pihak-pihak berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian Wilayah atau kepada pihak syarikat SPSB sendiri? Atau setidaknya menghubungi syarikat SPSB dan memaklumkan bantahan secara lisan.
Selain itu dipercaayai pihak Jabatan Pengurusan Tanah FELDA telah memberi kerjasama untuk membekalkan beberapa dokumen yang berkaitan bagi tujuan proses penukaran hak milik tanah tersebut.
Gambar ehsan Utusan Malaysia Online |
Selain itu semua pihak haruslah
bersabar menantikan keputusan hasil siasatan pihak berkuasa terlibat di dalam
menentukan hala tuju keputusan kes ini.
Sila nantikan pendedahan lanjut di
bahagian ketiga (Part: 3).
Comments
Post a Comment