ADAKAH BENAR FELDA KEHILANGAN TANAH DI JALAN SEMARAK DAN SHAHRIR SEBAGAI PENYELAMAT FELDA
Part : 3


Berita Harian Pix
Isu tanah FELDA di Jalan Semarak memberikan impak besar terhadap keyakinan dan kepercayaan warga FELDA khususnya dan keseluruhan rakyat Malaysia amnya. Ianya lebih merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan pihak-pihak berkenaan terhadap kewibawaan pihak FELDA di dalam menjalankan tanggungjawab dan urus tadbir FELDA.

Sebagaimana yang telah sedia maklum pada artikel Part: 1 dan Part: 2, telah mendedahkan kejadian sebenar isu tanah ini dimana berlakunya pertukaran hak milik asal tanah kepada penama  penama baru juga telah diketahui umum. Persoalan faktor yang menyokong dan membolehkan berlakunya pertukaran hak milik tanah juga, telah diterangkan sebelum ini.

Ingin untuk di maklumkan sekali lagi bahawa isi-isi kandungan “Development Agreement” tersebut lah yang memberikan kuasa mengikut peruntukkan undang-undang merujuk kepada Akta Tanah Negara 1965 serta peruntukkan undang-undang dan peraturan lain bagi proses pertukaran hak milik tanah tersebut, boleh berlaku. Ianya berlaku atas sebab sebagai pemudah cara dan kelancaran untuk mencapai satu tujuan iaitu memajukan dan menjayakan pembangunan di atas tanah tersebut.

Walau pun telah berlakunya pertukaran hak milik tanah, ianya tetap merujuk kepada isi kandungan semua perjanjian yang telah dipersetujui oleh semua pihak yang mana ianya hanya bagi mencapai hala tuju menjayakan pembangunan di atas tanah tersebut, sepertimana mula-mula ianya di cadangkan dan dipersetujui. Selain itu terdapat :

Perintah Sekatan-Sekatan Kepentingan  iaitu Syarat-Syarat Nyata yang tertera pada geran tanah yang telah dipindah“Tanah yang dikeluarkan milik ini boleh digunakan untuk bangunan pejabat bagi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan”
hak milik tersebut :


Ianya membawa maksud segala pembangunan yang dilakukan di atas tanah berkenaan hanyalah bagi tujuan membina bangunan milik FELDA. Dengan kata lain FELDA tidak kehilangan pemilikan tanah berkenaan selaras dengan kenyataan YAB Perdana Menteri pada 4hb Januari 2018.

Isu tanah milik FELDA ini masih di dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pendedahan isu ini dibuat sama sekali tidak bertujuan untuk mengganggu gugat siasatan yang sedang di jalankan. Semua pihak harus mematuhi dan menghormati siasatan yang sedang di jalankan termasuk juga keputusan yang bakal di umumkan kelak, bagi semua siasatan yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan juga Audit Forensik Luar yang di lantik oleh Jabatan Perdana Menteri. Pihak SPRM pula seawalnya memaklumkan tiada sebarang salah laku rasuah di dalam isu ini dan ianya lebih kepada kelemahan tadbir urus pihak FELDA sendiri. 


Terdapat juga maklumat bahawa Pengerusi FELDA ada membuat perjumpaan dengan ketua pihak berkuasa baru-baru ini. Ianya disyaki dengan tujuan untuk menyelsaikan isu ini dengan hala tuju yang lebih baik bagi menjaga kepentingan semua pihak. Tetapi adakah ianya juga bertujuan untuk menyelesaikan isu ini yang diketahui pada pengakhirannya tiada sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang dikaitkan.


Isu laporan Polis yang dibuat oleh pihak FELDA juga amat mencurigakan. Maklumat yang diterima bahawa pihak FELDA seawalnya pada Febuari 2017 telah mengetahui akan berlakunya pertukaran hak milik tanah berkenaan. Malahan secara rasminya pihak FELDA telah menerima Notis Pemberitahuan proses pertukaran nama akan di lakukan sebagaimana yang dinyatakan pada artikel Part: 2. Tetapi laporan Polis pula dibuat pada Disember 2017. Adakah tempoh selama 11 bulan diperlukan oleh pihak FELDA untuk membuat satu laporan Polis? Jika ianya ditafsirkan sebagai ada berlakunya kejadian jenayah yang melibatkan apa-apa penipuan.

FELDA haruslah sentiasa sedar bahawa syarikat SPSB telah berhempas pulas di dalam usaha menjayakan pembangunan di atas tanah berkenaan. Syarikat SPSB telah menghabiskan puluhan juta Ringgit sehingga kini untuk mencapai hasrat di atas, tanpa sebarang bantuan dari pihak FELDA mahupun pihak FIC atau mana-mana institusi kewangan yang lain. 


Tetapi malangnya baru-baru ini syarikat SPSB telah dikenakan tindakan yang dianggap tidak wajar sama sekali oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri  iaitu melakukan pembekuan ke atas akaun-akaun syarikat dan individu-individu yang berkaitan dengan syarikat SPSB. Adil kah tindakan ini dilakukan atau ianya adalah atas arahan seseorang yang berkepentingan di dalam usaha pembangunan tanah ini. Pembekuan akaun ini akan memberikan kesan terhadap aliran tunai modal pembangunan projek ini sedangkan projek ini masih berjalan tanpa sebarang sekatan dari mana-mana pihak. Pembekuan akaun sekali gus menyebabkan kelewatan pihak maju di dalam menyiapkan bangunan tersebut. Siapakah yang cuba melakukan sabotaj terhadap projek pembangunan tanah FELDA ini. 


Bukan setakat itu sahaja, malah pihak FELDA baru-baru ini bermati-matian memaksa pihak-pihak yang tertentu menandatangani dokumen yang berkaitan untuk mendapatkan semula tanah tersebut. Walaupun dengan pengetahuan penuh bahawa tanah tersebut telah bertukar hak milik dengan cara yang sah di sisi undang-undang. Bagaimana jika pihak-pihak yang dimaksudkan di atas enggan untuk menandatangani persetujuan untuk membuat pertukaran semula hak milik tanah tersebut. Apakah yang boleh dilakukan oleh FELDA merujuk kepada kelemahan tadbir urus yang telah berlaku. 


Kesetiaan individu  tertentu di dalam syarikat SPSB kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib tidak pernah berubah. Amanah dan tanggungjawab sentiasa dipikul dan dijulang. Walaupun terdapat beberapa buah syarikat dari negara China menawarkan harga yang lumayan untuk membeli tanah tersebut, ianya telah di tolak bulat-bulat oleh syarikat SPSB hanya semata-mata atas nama amanah terhadap bangsa Melayu dan percaya akan perhitungan amal di akhirat kelak untuk mengadap penciptaNya. Maka tanah tersebut masih kekal sehingga sekarang. 

Berita Harian pix

Isu ini dipercayai akan diselesaikan dengan cara yang sebaik mungkin untuk menjaga kepentingan, amanah dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat. Tanah ini pastinya akan dikembalikan kepada pemilik asalnya. Manakala pembangunan di atas tanah berkenaan akan diteruskan dengan lebih teratur demi mencapai kejayaan sebagaimana yang dipersetujui oleh semua pihak.



Comments

Popular posts from this blog

Authorities arrest MBI Group founder, freeze 98 bank accounts totalling RM209m

BN trouble shooter Ramesh Rao Krishnan Naidu, who is he?

APAKAH KAITAN MONSPACE DAN ZHANG JIAN