ADAKAH BENAR FELDA
KEHILANGAN TANAH DI JALAN SEMARAK DAN SHAHRIR SEBAGAI PENYELAMAT FELDA
Part: 1
Baru-baru ini Negara dikejutkan
dengan pendedahan yang di buat oleh akhbar Berita Harian pada 21hb Disember
2017 dengan satu artikel eksklusif bertajuk “FELDA hilang hak milik tanah Jalan Semarak”. Artikel tersebut
membuat kenyataan “FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak
di sini, yang di anggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai
bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015”
Manakala Shahrir pula membuat
laporan Polis pada tarikh 12hb Disember 2017 yang dipercayai merujuk kepada “pertukaran
hak milik tanah menerusi transaksi diragui sejak 2015”.
Shahrir di lantik sebagai
Pengerusi FELDA pada Januari 2017 menggantikan Isa Samad. Persoalannya adakah
Shahrir dilantik bagi tujuan menambah baikkan FELDA atau sebaliknya.
Berbalik kepada isu utama,
syarikat yang bertanggung jawab sebagaimana yang disebutkan, di dalam memajukan
dan membangunkan tanah milik FELDA di Jalan Semarak adalah Syarikat Synergy
Promenade Sdn Bhd (SPSB).
SPSB di lantik melalui persetujuan semua ahli Lembaga
Pengarah FELDA pada 24hb Januari 2014. Melalui lantikan tersebut maka satu
surat “Letter of Award” telah
dikeluarkan kepada syarikat berkenaan. Manakala FELDA pula melalui persetujuan
yang sama telah melantik Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) untuk
berkerjasama dengan syarikat tersebut untuk memajukan tanah-tanah berkaitan.
Ianya jelas menunjukkan perlantikan SPSB sebagai “Master Developer” adalah dengan
persetujuan semua pihak yang terbabit. Manakala setiap keputusan yang di buat
adalah juga perpandukan persetujuan dari semua pihak yang terlibat dan bukannya
keputusan individu sebagaimana yang cuba disampaikan akan maksudnya kepada
masyarakat. Siapa individu yang dimaksudkan, yang cuba dijadikan sebagai
“kambing hitam”?
Shahrir di dalam siri sidang medianya,
ada menyebut bahawa FELDA tidak menerima sebarang pembayaran dari syarikat SPSB,
sedangkan syarikat SPSB sememangnya ada membuat bayaran sebanyak RM10 juta
sebagai wang kesungguhan kepada pihak FELDA pada 2hb Jun 2014. Adakah Shahrir
menyedari berlakunya pembayaran itu sebelum membuat kenyataan media?
Tanah yang dikatakan untuk
dimajukan telah disebut seluas 20 ekar yang bernilai RM200 juta (merujuk nilai
yang di sebut oleh artikel Berita Harian di atas). Semakan lanjut di buat,
sebenarnya tanah itu hanya mempunyai keluasan 18.933 ekar. Manakala keluasan
yang mempunyai nilai komersil adalah 12.494 ekar dan selebihnya diserahkan
kepada pihak berkuasa berkaitan ( TNB/Perparitan/dan lain-lain agensi). Jika
keluasan tanah 12.494 ekar, yang mempunyai nilai komersil, berapa pula nilainya. Selain itu tanah-tanah
tersebut juga mempunyai pelbagai status merujuk kepada status tertera di
Pejabat Tanah dan Galian Wilayah. Adakah Shahrir tahu fakta sebenar?
Bagi memperkemaskinikan ikatan
perjanjian pembangunan tanah tersebut, satu persetujuan telah di capai oleh pihak-pihak yang disebut di atas, telah
diputuskan. Maka satu “Development
Agreement-Pertama @ DA” telah di tandatangani di antara FIC/FELDA dengan syarikat
SPSB pada 2hb Jun 2014. Selain DA , pihak FIC juga telah membuat keputusan
besar, dengan persetujuan semua pihak
yang terlibat untuk memberikan kuasa penuh kepada syarikat SPSB bagi menjayakan projek
pembangunan di tanah tersebut melalui “Power
of Attorney” pada 3hb Jun 2014.
FELDA ditubuhkan pada 1hb Julai 1956. FELDA yang
berumur 58 tahun pada ketika perjanjian demi perjanjian yang disebutkan di
atas, cukup matang di dalam membuat sebarang keputusan. Di samping menyedari
akan isi-isi kandungan “Letter of Award”
, “Master Developer” , “Development Agreement” dan “Power of Attorney” , FELDA/FIC pastinya tahu akan kesan dan akibat bagi setiap keputusan yang di buat. Malahan setiap
keputusan dan tindakan yang dibuat akan memperolehi nasihat dari Unit
Perundangan FELDA.
Oleh itu, adakah tindakan yang
merujuk dan berpandukan peruntukkan, peraturan serta perundangan ini cuba
dipertikaikan oleh Shahrir? Adakah Shahrir cuba “memperlecehkan” dan “perlekehkan” keputusan dan
persetujuan ahli-ahli Lembaga Pengarah FELDA dan FIC di dalam isu ini?
Tunggu
pendedahan lanjut, arahan khas yang dikeluarkan oleh pihak tertentu untuk
menyelesaikan isu ini demi kepentingan semua pihak.
Comments
Post a Comment