TAMAT KAH KONTROVERSI TANAH MILIK FELDA SELEPAS IANYA DISERAHKAN SEMULA



Tahniah semua di atas penyerahan semula tanah milik FELDA yang berlansung di Tingkat 47, Menara FELDA jam 1.00 tengahari 15hb Januari 2018. Persetujuan berlansung di antara Syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) dengan FELDA. Hanya media tertentu sahaja yang dijemput bagi majlis penyerahan semula tanah ini. Walau bagaimana pun sidang akhbar kemudiannya telah dibuat pada hari yang sama di lokasi yang sama pada jam 4.00 petang. Tetapi FELDA tidak menjemput Syarikat SPSB, kenapa?



Walau bagaimanapun ingin di dedahkan kronologi kata-kata Shahrir yang menjadi pertikaian di dalam sesi-sesi temubual media oleh beliau sepanjang kes kontroversi ini berlansung.









Merujuk kepada link (1) di atas Shahrir ada menyuarakan bahawa FELDA tidak menerima sebarang bayaran 1 sen pun ekoran berlakunya transaksi tanah tersebut.

Merujuk kepada link (2) di atas Shahrir ada menyuarakan bahawa FELDA tidak menerima sebarang bayaran hasil dari penjualan tanah tersebut.
Merujuk kepada link (3) di atas Shahrir ada menyebut FELDA telah ditipu, tanah dijual tetapi tidak dapat duit.

Merujuk kepada link (4) di atas Shahrir menyebut perkara berikut:
1. Minit ke 4.53 Shahrir menyatakan pada akhir Januari 2017 beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pengurusan Tanah FELDA bahawa FELDA tidak mendapat apa-apa bayaran dari SPA yang telah dibuat.
2.   Minit ke 10.02 Shahrir mengakui SPSB telah menjual tanah itu kepada diri sendiri
3.  Minit ke 11.15 Shahrir mengaku ada surat pekeliling  mengenai pertukaran hak milik tanah tersebut tetapi menganggap ianya tidak penting  dan Shahrir hanya hendakkan tanah itu semula
4.  Minit ke 14.11 Shahrir mengesahkan bahawa beliau mengetahui status tanah tersebut adalah tanah institusi
5. Minit ke 18.6 Shahrir memberitahu Pengarah FELDA tidak tahu akan penukaran hak milik tanah ( rujuk minit ke 11.15 )
6.  Minit ke 24.15 Shahrir mendakwa tiada keperluan untuk pindah milik tanah tersebut
7.  Minit ke 24.33 Shahrir memberitahu SPA dah sign tapi duit tak dibayar
8.  Minit ke 25.00 Shahrir memberitahu SPA nampak macam ada transaksi duit tetapi FELDA tidak menerima sebarang bayaran


Shahrir sebenar mengakui bahawa kejadian yang berlaku di dalam isu Tanah FELDA Jalan Semarak ini adalah berpunca dari kelemahan pengurusan FELDA sila rujuk link berikut http://www.sinarharian.com.my/nasional/kelemahan-struktur-pengurusan-punca-kemelut-felda-1.782676 . Manakala di dalam sidang media yang berlansung semalam http://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155948370240600&id=214066990599  Shahrir mengubah beberapa kenyataan awal beliau . 


Merujuk kepada siri sidang media dan kenyataan media yang di buat oleh Shahrir, beliau ada menyebut bahawa FELDA tidak menerima sebarang bayaran dan telah ditipu oleh syarikat SPSB ekoran dari berlakunya pemindahan hak milik tanah berkenaan. Walau bagaimana pun haruslah dipertimbangkan berpandukan kesemua dokumen-dokumen perjanjian yang telah dipersetujui dan ditanda tangani oleh kesemua pihak yang terlibat pada tahun 2014 di antara syarikat SPSB dengan FIC/FELDA. Isi-isi kandungan perjanjian tersebut berupa “Development Agreement-Pertama”, “Development Agreement-Kedua”, “Development Agreement-Kedua Yang Dikemas Kini” dan dokumen “Power of Attorny”, yang membenarkan perbuatan pemindahan hak milik tanah tersebut boleh di lakukan, berpandukan peruntukkan undang-undang di bawah Akta Kanun Tanah Negara 1965 serta keperluan-keperluan yang ketat untuk dipenuhi dan dilengkapi oleh syarikat SPSB sebagaimana kehendak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah, bagi proses pemindahan hak milik tanah berkenaan.


Pihak FELDA seawalnya harus membuat bantahan, sekiranya tidak bersetuju akan berlakunya pemindahan hak milik tanah sebaik sahaja di maklumkan oleh Jabatan Pengurusan Tanah FELDA bahawa akan berlakunya pemindahan hak milik tanah berkenaan, seawal Notis Pemberitahuan oleh syarikat SPSB kepada pihak FELDA bertarikh 8hb November 2016. Notis bantahan tersebut boleh di kemukakan oleh FELDA kepada syarikat SPSB dan juga kepada pihak PTG Wilayah. Walau bagaimanapun malang sekali, tindakan ini tidak sama sekali diambil oleh pihak FELDA jika ia merasakan tindakan tersebut tidak dipersetujui atau menyalahi undang-undang atau mana-mana peraturan berkait dengan Akta Tanah Negara 1965 atau mana-mana peraturan lain. Sepanjang tarikh 8hb November 2016 hingga tarikh 16hb Januari 2017 iaitu selama 14 hari, FELDA lansung tidak mengambil sebarang tindakan sekiranya membantah penukaran hak milik tanah berkenaan. Walaupun pemindahan hak milik dibenarkan secara sahnya oleh pihak PTG Wilayah, ianya telah menetapkan syarat khas di dalam geran tanah berkenaan sebagai “Perintah Sekatan-sekatan Kepentingan iaitu Syarat-syarat Nyata – Tanah yang dikeluarkan milik ini boleh digunakan untuk bangunan pejabat bagi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan”. http://tongkatalidouble.blogspot.my/2018/01/adakah-benar-felda-kehilangan-tanah-di_11.html 


Shahrir boleh menggunakan meja rundingan untuk memanggil kesemua pihak yang terlibat untuk mendapatkan maklumat dan pemahamam yang mendalam berkaitan isu ini sebelum melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan keyakinan warga FELDA serta rakyat Malaysia ke atas kredibiliti FELDA di dalam menjalankan tadbir urus badan berkenaan. Malah lebih buruk lagi akan menjejaskan 54 kerusi Parlimen FELDA. Dimaklumkan juga bahawa syarikat SPSB ada melakukan cubaan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara di atas dengan Shahrir tetapi syarikat SPSB telah di ketepikan secara bulat-bulat. Di sini mempertikaikan tahap profesionalnya seorang Pengerusi GLC kerajaan seharus bertindak lebih bijak dan bersikap tolaransi.



FELDA ada menyebut bahawa Ahli Lembaga Pengarah FELDA sama sekali tidak mengetahui berlaku pemindahan hak milik tanah berkenaan. Persoalannya siapakah yang bertanggung jawab untuk memaklumkan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah FELDA berkenaan perkara tersebut? Notis Pemberitahuan telah di hantar oleh syarikat SPSB kepada Jabatan Pengurusan Tanah FELDA pada 14hb November 2016. Sepatutnya dengar kadar segera, jika FELDA berniat ikhlas untuk menjaga kepentingan mereka, maka makluman tersebut haruslah disalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi tujuan mengambil sebarang tindakan lanjut. Adakah Jabatan Pengurusan Tanah FELDA ada berbuat demikian. Di sini ingin diperjelaskan terdapat selama tempoh 14 hari sebelum berlakunya pertukaran hak milik tanah tersebut, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak FELDA pada ketika itu. 



Ingin dimaklumkan bahawa punca dari tindakan pemindahan hak milik tanah tersebut adalah disebabkan oleh berlakunya perubahan demi perubahan terhadap komponen-komponen pembangunan sebagaimana yang tertera di dalam “Development Agreement – Pertama”, “Development Agreement-Kedua” dan “Development Agreement-Kedua Yang Dikemas kini”. Ianya telah mengganggu aliran modal asal pembangunan dari ratusan juta Ringgit kepada berbillion Ringgit. http://tongkatalidouble.blogspot.my/2018/01/adakah-benar-felda-kehilangan-tanah-di.html 


Shahrir juga mempertikaikan “Development Order” yang telah dikeluarkan oleh pihak DBKL dengan mengatakan bahawa tidak perlunya berlaku pertukaran hak milik tanah. Persoalannya adakah Shahrir mengambil kira berkaitan dengan berlakunya perubahan demi perubahan terhadap komponen-komponen pembangunan yang bakal di majukan di atas tanah tersebut. Siapakah pula di pihak FELDA yang melakukan perubahan-perubahan di dalam komponen-komponen pembangunan tersebut yang sememangnya diketahui akan mengganggu aliran modal asal pembangunan. Kenapa Shahrir tidak mempersoalkan isu ini di peringkat meja rundingan. Merujuk kepada latar belakang Shahrir, sudah pasti beliau amat arif, jika berlakunya perubahan terhadap komponen-komponen pembangunan asal yang telah di persetujui, sudah pastinya akan mengganggu aliran tunai modal asal projek berkenaan bagi melaksanakan perubahan ke atas komponen-komponen pembangunan yang baru. 



Terdapat ura-ura menyatakan bahawa laporan Polis dibuat oleh pihak FELDA (12hb Disember 2016 dan 28hb Disember 2016)  berkaitan kes ini kerana mensyaki FELDA telah ditipu melalui proses-proses yang dilakukan merujuk kepada perbuatan pertukaran hak milik tanah milik FELDA di Jalan Semarak. Malah turut diperkatakan bahawa adalah disyaki dokumen “Power of Attorney” yang diguna pakai di dalam proses penukaran hak milik tanah tersebut adalah palsu. Maka siasatan telah pun dijalankan oleh pihak Polis di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan. Jika dipersoalkan tentang ketulinan dokumen “Power of Attorney”, maka siapakah pihak yang menyediakan dokumen berkenaan? Siapa pula pihak-pihak yang berpengetahuan akan maksud dan isi kandungan dokumen berkenaan dan telah menandatangani persetujuan akan maksud isi kandungan dokumen berkenaan? Selain itu pertikaian ketulinan dokumen “Power of Attorney” sebagaimana yang diperkatakan di atas, secara tidak lansung terbatal semalam (15hb Januari 2018) apabila Shahrir di dalam kenyataan beliau kepada pihak media mengesahkan bahawa isi kandungan “Power of Attorney” itu memberikan kuasa yang sangat besar kepada syarikat SPSB dan pihak FELDA akan “revise” isi kandungan “Power of Attorney” tersebut dalam masa terdekat. Ini jelas membuktikan bahawa Shahrir secara tidak lansung mengakui dokumen “Power of Attorney” itu sebagai dokumen yang sah dan tulin sebagai rujukan kenyataannya.



Manakala dari sudut tanggung jawab pihak PTG Wilayah yang terlibat secara lansung di dalam proses pemindahan hak milik tanah berkenaan, adakah, ada di buat semakan ketulinan kesemua dokumen yang dikemukakan oleh pihak syarikat SPSB ketika di dalam proses pemindahan hak milik tanah berkenaan? Adakah pihak PTG ada membuat rujukan kepada pihak FELDA?  Isu ini kita biarkan pihak berkuasa berwajib iaitu PDRM untuk memberikan keputusan penuh siasatan yang sedang dijalankan kepada pengetahuan awam kelak. Bagaimana pula, jika hasil siasatan mendapati tiada sebarang kesalahan di lakukan oleh syarikat SPSB. Bagaimana harus Shahrir memperjelaskan kepada semua masyarakat? Adakah beliau akan memohon maaf kepada syarikat SPSB? Atau syarikat SPSB akan mengambil tindakan perundangan terhadap Shahrir kerana menjejaskan nama baik syarikat berkenaan?

Tempoh masa yang diambil oleh pihak FELDA untuk membuat laporan Polis berkaitan dengan isu ini juga menjadi pertikaian. Pihak FELDA memaklumkan bahawa mereka mengetahui berlaku pemindahan hak milik tanah berkaitan pada akhir bulan Januari 2017 tetapi membuat laporan Polis pada Disember 2017. Adakah tempoh masa selama 12 bulan diperlukan oleh pihak FELDA untuk mengenal pasti, adanya sesuatu kesalahan yang disyaki berlaku di dalam proses-proses pemindahan hak milik tanah tersebut? Umur FELDA ketika kejadian adalah setua 61 tahun, rasanya FELDA cukup matang dan cekap dalam menjalankan tadbir urus sebagaimana yang di war-warkan. 

Adakah wajar laporan Polis ditarik balik selepas FELDA mendapat semula tanah di Jalan Semarak? Laporan Polis seharusnya tidak ditarik balik kerana ianya akan memberikan kesemua jawapan di dalam isu konstoversi ini. Jika berlaku sebarang kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mana-mana pihak, tindakan perundangan yang sewajarkan akan di ambil. Manakala jika tiada sebarang kesalahan di lakukan oleh mana-mana pihak, maka syarikat SPSB dapat membuktikan bahawa mereka adalah benar. Manakala Shahrir pula, perlulah menjawab panjang kepada semua pihak . 

Tindakan penyerahan semula tanah kepada FELDA sebagaimana yang diketahui umum semalam membuktikan syarikat SPSB jujur di dalam melaksanakan amanahnya kepada FELDA dan warga FELDA serta masyarkat negara, tanpa melibatkan sebarang kos. Walau bagaimanapun, adakah penyerahan tersebut adalah secara paksaan, secara kuasa veto atau bagi menghormati kehendak YAB Perdana Menteri demi kepentingan masa depan termasuklah menjaga kepentingan 54 kerusi Parlimen FELDA? Biarlah jawapan dibuat oleh masyarakat dengan penilaian sendiri. Manakala kredibiliti Shahrir sebagai Pengerusi FELDA juga dibiarkan untuk pertimbangan semua. Ianya mudah jika meja rundingan seawalnya dijadi penyelesaian, tetapi meja rundingan jugalah  akhirnya digunakan sebagai penutup cerita kontroversi ini.


Comments

Popular posts from this blog

Authorities arrest MBI Group founder, freeze 98 bank accounts totalling RM209m

BN trouble shooter Ramesh Rao Krishnan Naidu, who is he?

APAKAH KAITAN MONSPACE DAN ZHANG JIAN