VIRAL ISU PANAS: BONGKAR
KISAH SEBENAR ISU TANAH FELDA. WARTAWAN BERITA HARIAN DIBAYAR??
Isu tanah milik FELDA ‘berpindah
hak milik’ tiba-tiba menjadi topik hangat. ‘Pendedahan besar’ wartawan BH, Che
Wan Badrul Alias, bertarikh 21 Disember 2107,
yang bertajuk ‘FELDA hilang hak milik tanah Jalan Semarak’, membuatkan
banyak pihak tiba-tiba berlagak hero.
Tajuk kecil di muka depan akhbar
nasional itu, ‘Tanah bernilai lebih RM200 juta yang kini dimajukan dengan
projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dipercayai bertukar milik menerusi
transaksi diragui sejak 2015’, membuatkan isu jadi makin panas.
Bertitik-tolak daripada
pendedahan yang memetik sumber ini, banyak pihak ‘kepanasan’, termasuk FELDA
sendiri. Tak kurang juga yang menyerang pemaju utama KLVC, iaitu Synergy
Promenade Sdn Bhd (SPSB) dalam hal ini.
Sesiapa pun pasti sudah mengagak,
pemberi maklumat kisah begini pastinya orang dalam organisasi itu sendiri.
Sangkaan kita nyata tak meleset
apabila sumber Utusan Malaysia memberitahu, ia adalah komplot Datuk Muzzammil
Mohd Noor, bekas Finacial Controller FELDA dan wartawan dari BH itu, dengan
satu matlamat, menjatuhkan FELDA sendiri!
Selepas Datuk Muzzammil berasakan
permainanya ‘menggegarkan’ FELDA
berjaya, dia mahu ‘rakan konspirasinya’ ini, yang entah berapa banyak habuan
diberi, ‘dedahkan’ isu lain pula. Ini termasuklah projek besar membabitkan CIDB
dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Tetapi, ‘bangkai gajah’ tidak
mudah disembunyikan. Boss di BH sudah bising apabila dapat tahu pendedahan wartawan
ini yang konon-kononnya eksklusif banyak tak betulnya, panas punggunglah
dia...tak berani jadi rakan komplot lagi.
Maka, Utusan Malaysia jadi
sasaran Datuk Muzzammil. Orang Utusan Malaysia sendiri beritahu, yang Datuk
Muzzammil telah mengadakan perbincangan dengan media arus perdana ini pada 3
Januari lalu dan keesokan harinya, mengatur pertemuan ‘enam mata’ antara dia,
Utusan Malaysia dan pegawai tertinggi MKN, untuk berkomplot dengannya
‘menjatuhkan’ organisasi kerajaan yang lain pula, sebagaimana dia dan rakan
komplotnya, wartawan BH ‘membunuh’ FELDA.
Mungkin orang Utusan Malaysia ini
cerdik sedikit berbanding wartawan BH, bukan isu projek kerajaan dan vendor
yang menimbulkan kemusykilan, tetapi motif Datuk Muzzammil sendiri.
Jelas dalam isu FELDA, projek
yang dibangunkan atau pemaju yang dilantik, malah pertukaran hak milik tanah
bukan perkara yang salah di sisi undang-undang. Tiada pun yang tersembunyi
atau diragui sebab semuanya diminitkan,
diluluskan.
Utusan Malaysia kata semua
perjanjian, sebab-musabab segala rancangan yang dibuat untuk projek itu, di
bawah pengetahuan pihak berkaitan, baik Pengerusi FELDA, ahli lembaga pengarah,
malah Datuk Muzzammil sendiri, yang ketika itu bertindak sebagai Financial
Controller FELDA.
Apa tugas dan tanggungjawab
pemaju utama, apa hak dan kuasa pemaju, kenapa pindah hak milik berlaku,
semuanya di bawah pengetahuan FIC, malah FELDA sebagai badan induk.
Tidak ada sebarang isu transaksi
yang diragui timbul, atau isu SPSB dan KLVC sehinggakan pemiliknya ‘diserang’
kalau pendedahan ini telus, ‘genuine’ dan tidak ada niat jahat atau paling
tidak kalau wartawan BH ini bijak, faham selok-belok perniagaan hartanah dan
buat kerja dengan jujur, ikhlas, berhemah serta penuh rasa tanggungjawab.
Sumber kita, baik dari FELDA atau
Utusan Malaysia sendiri mendedahkan, berdasarkan perjanjian, SPSB adalah pemaju
utama dan FELDA adalah pemilik tanah tersebut. Dalam perjanjian itu juga jelas
tertulis, sebagai pemaju utama, SPSB diberi kuasa penuh untuk melakukan apa
sahaja bagi memastikan rancangan pembangunan di tanah itu berjalan dengan
lancar, termasuk menukar nama atau hak milik tanah.
Berdasarkan maklumat sumber ini
juga, pertukaran hak milik tanah itu berlaku apabila FELDA mengubah pelan
pembangunan daripada yang dipersetujui.
Pertambahan blok bangunan menjejaskan
aliran tunai projek dan pinjaman perlu dilakukan. Tetapi, FELDA sebagai
pemilik asal tanah tidak layak membuat pinjaman dengan mana-mana institusi
kewangan disebabkan FELDA mempunyai hutang tertunggak yang banyak dengan
bank...RM480,000,00.00!
Apa yang FELDA buat sampai hutang
bertimbun banyak itu? Datuk Muzzammil yang jadi Financial Controller FELDA dari tahun 2014-2015, takkan
tak tahu?
Kalau wartawan BH ini buat kerja
elok-elok, selidik habis-habis, niat ikhlas, amanah...pendedahan ‘berniat
jahat’ ini pastinya tidak berlaku. Dia sepatutnya kaji kesahihan maklumat juga
kredibiliti sumber sebelum membuat laporan palsu.
Bukan berlagak bagai ahli nujum
membaca yang tersirat, tetapi setidak-tidaknya, hati dan akal yang bersih mampu
‘melihat’ perkara baik dan buruk, benar juga salah.
Dia sepatutnya mempersoalkan
siapa Datuk Muzzammil, selain menapis maklumat yang diterima.
Ini bukan projek kecil-kecilan.
Tanah pun bukan milik perseorangan tetapi FELDA, organisasi besar yang
membabitkan kepentingan kelompok Melayu terbesar di negara ini.
Pembangunan yang dirancang di
situ juga boleh dikategorikan sebagai projek mega - bangunan pejabat 68 tingkat
meliputi 59 tingkat pejabat, dua tingkat podium pejabat termasuk parkir, enam
tingkat tempat letak kereta, dua tingkat parkir bawah tanah, siap dengan taman
atas bumbung dan helipad!
Dengan akal dan pertimbangan
waras, memang pelik sangatlah kalau orang FELDA atau Felda Investment
Corporation Sdn Bhd (FIC) yang melantik SPSB sebagai pemaju utama di tanah ini,
boleh dakwa tak tahu itu dan ini...siap cakap pindah milik tanah kat situ
diragui. Ada CEO, ada CFO, Lembaga Pengarah, orang undang-undang pun
ada....takkan semua buta hati, buta mata...makan gaji buta...buat kerja tak ada
usul periksa?
Kenapa Datuk Muzzammil ini
‘beria-ia’ sangat hendak dedahkan benda
yang kononnya tak kena dengan projek besar dan vendor? Ada benda yang diminta
tak dapat atau dia ini jadi kuda tunggangan pihak tertentu? Tapi lagaknya tak
ubah seperti ‘musuh dalam selimut’, ibarat ‘bara dalam sekam’’, yang cuba
menjejas imej organisasi kerajaan, termasuk FELDA sendiri walaupun dia sendiri
makan hidup ditanggung oleh FELDA, berlagak hero membunuh vendor besar dalam
projek kerajaan.
Tak tahu sejauh mana permainan
Datuk Muzzammil...kita tunggu dan lihat. Apa yang pasti, wartawan BH ini
sendiri nampaknya sudah seperti ‘pelarian di bumi sendiri’. Nombor telefon yang
dihubungi tidak berjawab. Nama dan gambar profil Facebook pun dah bertukar.
Takut? Kalau tak ada buat benda
salah, kononnya menulis demi kepentingan warga FELDA dan rakyat keseluruhannya,
kenapa sampai macam itu sekali ‘bersembunyi’? Nampak sangat macam ‘lontar batu
sembunyi tangan’!!!
Nasihat sikit kepada wartawan BH
ini, tugas wartawan itu murni, memberi maklumat yang benar kepada rakyat. Kalau
hendak nafkah yang diberi kepada keluarga itu diberkati, perkara yang dia
sepatutnya buat adalah:
1. Jangan menulis perkara yang
tidak benar atau tidak tepat;
2. Buat ‘research’ habis-habisan...selidik
dari A sampai Z;
3. Cari kebenaran bukan jadi
‘kuda tunggangan’;
4. Ingat dosa dan pahala.
Tapi, kalau mata dah tak mampu
melihat, gelap dek ‘kemewahan’ disogok depan mata, pastinya perkara 1 hingga 4
bukan lagi teras mencari keberkatan rezeki dan kehidupan.
Namun, jangan lupa satu perkara,
lambat-laun kebenaran pasti mengatasi kebatilan.
#felda #rasuah #siasat
Makluman: Isi kandungan artikel di atas telah viral melalui media sosial pada 11hb Januari 2018 . Manakala penulis artikel tidak dapat dikenal pasti dan tidak ketahui (viraled in social media).
Comments
Post a Comment