Rasuah, Pergolakkan Perpaduan dan Sabotaj di UMNO Sg Besar?
Seorang aktivis NGO telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan jenayah rasuah dan salah guna kuasa oleh beberapa individu ahli UMNO Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam untuk mendapatkan kontrak kerajaan secara disyaki tidak sah. Presiden Persatuan Kebajikan Sesama Warga Kuala Lumpur, Raymond Suppiah membuat aduan tersebut di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada hari Jumaat lalu dan mendakwa ada empat buah syarikat disyaki mendapat kontrak kerajaan secara disyaki tidak sah. Raymond mendakwa salah seorang dari mereka pernah menyandang jawatan yang tinggi di salah sebuah agensi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor dan mengunakan kuasa veto untuk mendapatkan kontrak untuk anak dan kroni beliau. Siapa agaknya individu yang dimaksudkan? Mungkinkah individu yang dimaksudkan ialah Haji Abdul Wahaf Bin Sarman yang pernah bertugas di Majlis Daerah berkenaan dan syarikat yang didakwa mendapat kontrak milik anak beliau? Anak Abdul Wa...