Rasuah, Pergolakkan Perpaduan dan Sabotaj di UMNO Sg Besar?

Seorang aktivis NGO telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia  (SPRM) berkenaan jenayah rasuah dan salah guna kuasa oleh beberapa individu ahli UMNO Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam untuk mendapatkan kontrak kerajaan secara disyaki tidak sah.

Presiden Persatuan Kebajikan Sesama Warga Kuala Lumpur, Raymond Suppiah membuat aduan tersebut di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada hari Jumaat lalu dan mendakwa ada empat buah syarikat disyaki mendapat kontrak kerajaan secara disyaki tidak sah.

Raymond mendakwa salah seorang dari mereka pernah menyandang jawatan yang tinggi di salah sebuah agensi Pihak Berkuasa Tempatan  (PBT) di Negeri Selangor dan mengunakan kuasa veto untuk mendapatkan kontrak untuk anak dan kroni beliau.

Siapa agaknya individu yang dimaksudkan? Mungkinkah individu yang dimaksudkan ialah Haji Abdul Wahaf Bin Sarman yang pernah bertugas di Majlis Daerah berkenaan dan syarikat yang didakwa mendapat kontrak milik anak beliau?

Anak Abdul Wahaf iaitu Mohd Fahmi memiliki dua buah syarikat, Imean Bina dan Imean JR Enterprise. Dokumen-dokumen yang telah Raymond mengemukakan kepada pihak SPRM didapati kedua-dua syarikat ini telah memperolehi tender bernilai berjuta-juta ringgit. Adakah perolehan kerja-kerja tersebut, mengikut syarat-syarat yang sah? Atau ada berlakunya salah guna kuasa atas sebab kepentingan sesuatu?

Pihak SPRM harus memandang serius perkara ini dan menyiasat dakwaan dengan teliti serta membawa mereka ke muka pengadilan jika didapati ada unsur-unsur jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Selain dari itu, desas-desus juga mengatakan Abdul Wahaf dan kuncu-kuncunya merupakan dalang yang menyebabkan pergolakan perpaduan di peringkat bahagian UMNO Sungai Besar dan juga membuat sabotaj terhadap beberapa individu supaya tidak akan dipilih sebagai calon Dun dan Parlimen Sungai Besar. Adakah ianya benar?

Perdana Menteri dalam sesi lawatan kerja turun padang di daerah yang berkenaan telahpun memberikan amaran dan nasihat agar jangan sesekali ada sabotaj, jangan sesekali ada per pecahan, jika tidak sejarah lama akan berulang dan Selangor pasti gagal di tawan semula oleh Barisan Nasional.

Abdul Wahaf juga dikatakan mempunyai niat dan agenda tersendiri serta berhasrat supaya calon pilihan beliau dapat bertanding di peringkat Dun dan Parlimen atas sebab-sebab tertentu. Mungkinkah ianya benar? Satu lagi persoalan ialah adakah Abdul Wahaf bertindak secara berseorangan atau ada kuasa yang lebih besar di belakang beliau, untuk memporak perandakan UMNO kawasan berkenaan?

Soal calon sebenarnya terletak di tangan pimpinan tertinggi UMNO dan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden UMNO. Malah, yang menghairankan sekarang ialah adakah Najib mengetahui hal-hal pergolakan perpaduan di Sungai Besar?

Jika presiden UMNO mengetahui hal sebenar, beliau harus peka dengan pemilihan calon. Pengumuman calon MCA untuk Dun Sekinchan iaitu Lee Yee Yuan yang berumur 29 tahun yang tiada pengalaman politik serta bukan penduduk tempatan harus dikaji semula.

Jika Lee dibenarkan bertanding, adakah beliau mampu menandingi calon lawan iaitu DAP? Atau sebenarnya atas sebab terpaksa hanya kerana ingin menjaga hati MCA?

Pergolakan perpaduan serta sabotaj bukan hanya di Sungai Besar sahaja malah dapat di lihat di beberapa tempat lain seperti di Negeri Perak,  Terangganu dan juga di beberapa Negeri lain. Adakah Najib sedar akan pergolakan perpaduan ini?

Adakah laporan keadaan sebenar sampai kepada Perdana Menteri? Atau hanya yang manis sahaja  yang sampai, manakala yang paling di simpan di bawah meja pihak  yang berkenaan?

Diharap Perdana  Menteri dapat memberi fokus untuk mengelakan pergolakan perpaduan dan elemen sabatoj dalam UMNO supaya parti keramat ini dapat kemenangan yang amat besar pada PRU ke 14.

Malahan gambaran yang tepat dan jitu harus dijadikan sebagai rujukan untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam “ibu segala pilihanraya” iaitu PRU14 kelak.

Comments

Popular posts from this blog

Authorities arrest MBI Group founder, freeze 98 bank accounts totalling RM209m

BN trouble shooter Ramesh Rao Krishnan Naidu, who is he?

APAKAH KAITAN MONSPACE DAN ZHANG JIAN