Posts

APAKAH KAITAN MONSPACE DAN ZHANG JIAN

Image
MonSpace adalah sebuah syarikat yang hangat diperkatakan sekarang ekoran tersenarai di dalam article yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini, sebagai sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti tidak sah di dalam jenis perniagaan yang di jalankan. Walau bagaimanapun, pernahkah didedahkan sejarah dan latar belakang MonSpace berkaitan dengan Zhang Jian iaitu lelaki warganegara China yang memperkenalkan dirinya sebagai "Future Riches Man In The World". Sebagai makluman, Zhang Jian merupakan pengasas kepada beberapa skim cepat kaya yang sebelum ini dikenali dengan nama: CDTUP , YSLM , U-Fun . Kesemua syarikat ini telah menghadapi tindakan mahkamah di beberapa buah negara lain, di mana ia beroperasi atas beberapa kesalahan yang melibatkan kesalahan kewangan dan pelaburan. Merujuk kepada beberapa sumber dan article yang diterbitkan, jelas membuktikan secara sah bahawa pemilik Syarikat MonSpace iaitu Dato' Seri Jesse Lai Chai Suang mempunyai hubu...

Iklan Mengelirukan oleh MonSpace

Image
Sebagaimana yang sedia maklum oleh semua peringkat masyarakat, jika di semak melalui paparan Google, mendapati MonSpace telah mengiklankan syarikat penerbangan Suasa Airline bersama-sama dengan MonSpace Sky Airline. Adakah Syarikat MonSpace mempunyai syarikat penerbangannya sendiri di bawah nama MonSpace Sky Airline yang sah disisi mana-mana peruntukkan dan peraturan? Semakan dibuat melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat Suasa Airline adalah sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan MonSpace Skyline. Walau bagaimanapun pengiklanan ini di sebarkan secara meluas, seolah-olah memperlihatkan Suasa Airline adalah milik syarikat MonSpace. Iklan ini begitu mengelirukan semua pihak. Malahan ianya di sebarkan di luar negara bagi tujuan kepentingan pelaburan bagi tujuan menarik pelaburan pihak-pihak tertentu dari luar negara. Persoalannya adakah pihak berkuasa terlepas pandang atas kesalahan pengiklanan ini, terutamanya merujuk kepada bidang kuasa KPDNKK dan ...

MonSpace dan Pak Man Telo

Image
  Generasi sekarang mungkin tidak tahu apakah itu saham Pak Man Telo. Saham ini begitu popular di seluruh negara pada sekitar 1980an. Kehebatan pelaburan saham ini, telah menarik ramai pelabur di semua peringkat masyarakat tidak kira di bandar mahupun diluar bandar. Kehangatan pelaburan ini telah melibatkan puluhan juta ringgit dilaburkan oleh semua peringkat masyarakat, tidak kira yang kaya mahu pun yang kurang berupaya. Ini adalah berpunca dari tawaran yang diperhebohkan dengan pembayaran semula mengikut mingguan dan mengikut jumlah pelaburan. Setiap minggu dapat duit, siapa tak mahu. Hinggalah kantung Pak Man Telo penuh, mulalah bayaran mingguan tidak dibayar mengikut jadual yang dijanjikan. Lama kelamaan terus lenyap dan hilang. Masing-masing yang melabur gigit jari. Ada yang guna duit simpanan, ada yang buat pinjaman, ada yang pajak tanah, ada yang pinjam dari saudara-mara, pinjaman peribadi dan sebagainya. Akhir sekali semua hancur, yang kaya Pak Man Telo dan kroni awal...

Gajah dengan Gajah berlaga, pelanduk mati ditengah

Image
Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz dengan mengeluarkan kata2 yang kurang berilmu dan boleh dianggap sebagai menguris hati rakyat Sarawak. Sebagai seorang Menteri kanan, Nazri seharusnya bersikap lebih professional malahan sepatutnya tunjuk ajar dengan cara berhemah dan beradab Menteri yang dikatakan sebagai menteri yang setahun jagung. Isu pertengkelihan ini, berpunca daripada pengenalan cukai pelancongan, rata2 rakyat tidak arif dengan cukai pelancongan yang telah pun diluluskan oleh kabinet baru2 ini. Sepatutnya, isu cukai ini dibincangkan di peringkat atasan secara berhemah dan berilmu. Kemudiannya, haruslah mencapai kata sepakat di antara kementerian dan semua pihak2 pelaksana cukai tersebut. Manakala, pengenalan cukai pelcancongan haruslah diperjelaskan dengan sejelasnya di semua peringkat lapisan masyrakat agar tidak berlaku persepsi dan pandangan negatif oleh pihak tertentu, teru...