Posts

Image
ADAKAH BENAR FELDA KEHILANGAN TANAH DI JALAN SEMARAK DAN SHAHRIR SEBAGAI PENYELAMAT FELDA Part: 1 Baru-baru ini Negara dikejutkan dengan pendedahan yang di buat oleh akhbar Berita Harian pada 21hb Disember 2017 dengan satu artikel eksklusif bertajuk “ FELDA hilang hak milik tanah Jalan Semarak”. Artikel tersebut membuat kenyataan “FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di sini, yang di anggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015”  Manakala Shahrir pula membuat laporan Polis pada tarikh 12hb Disember 2017 yang dipercayai merujuk kepada “pertukaran hak milik tanah menerusi transaksi diragui sejak 2015”. Shahrir di lantik sebagai Pengerusi FELDA pada Januari 2017 menggantikan Isa Samad. Persoalannya adakah Shahrir dilantik bagi tujuan menambah baikkan FELDA atau sebaliknya. Berbalik kepada isu utama, syarikat yang bertanggung jawab sebagaimana yang disebut...

KREDIBEL KAH MUSA SEBAGAI AHLI PANEL PENASIHAT OPERASI SPRM (PPO)

Image
Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan cukup dikenali sebagai individu yang jujur dan komited ketika beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara. Banyak isu penting yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Antaranya adalah kes Pembunuhan Altantuya yang menjadikan negara Malaysia sebagai tumpuan mata dunia. Malahan Musa amat digeruni oleh kumpulan sendiket kerana banyak mengambil tindakan ke atas mereka hingga memaksa kebanyakan dari Ketua Kumpulan Sendiket terpaksa melarikan diri ke luar negara. Latar belakang beliau sebagai anak sulung kepada Tan Sri Haji Hassan, seorang tokoh ugama, cukup disegani sehingga kini. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Musa telah dikatakan terlibat di dalam syarikat skim cepat kaya, melalui jawatan-jawatan yang disandang olehnya.  91 akaun bank menyimpan RM177 juta dibekukan selepas serbuan di Ibu Pejabat MBI Group International dan 5 premis lain di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur Isnin lepas, kata Kementeri...

Syed Saddiq : 5 juta US ke Yayasan Clinton Untuk Pengaruhi DOJ

Image
Sebelum Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) membuat serangan kedua terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 15 Jun 2017, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengetahui maklumat itu dan memberitahu tiga Exco pemudanya berkenaan maklumat tersebut. Syed Saddiq dikatakan mendapat maklumat tersebut ketika beliau berada bersama-sama Tun Mahathir. “Selepas mesyuarat dengan Mahathir dan Daim, Syed Saddiq memanggil tiga orang Exco Armada untuk memberi penjelasan mengenai apa yang akan berlaku,” dedah RPK dalam artikel bertajuk “ Syed Saddiq Knew The US-DoJ Attack Was Coming “. Dakwa RPK, dalam pertemuan dengan tiga Exco Armada itu, Syed Saddiq telah memberitahu bahawa Daim membelanjakan RM50 juta untuk menjayakan operasi itu dan sebahagiannya dibayar kepada Yayasan Clinton.  “Syed Saddiq juga memberitahu tiga Exco Armada bahawa RM50 juta dibelanjakan untuk operasi ini (ada yang disalurkan kepada Sarawak Report) dan Yayasan Clinton menerima AS $ 5...

TINDAKAN SAMAN SARAWAK REPORT OLEH PAS, BUKTI SARAWAK REPORT TIDAK KEBAL

Image
Sebelum ini masyarakat telah menggesa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan perundangan ke atas Portal Sarawak Report yang diterajui oleh Clare RewCastle Brown di atas siri artikel blog yang diterbitkan dari London. Sarawak Report dikatakan banyak menyebarkan fakta yang dikatakan sebagai palsu oleh pihak kerajaan sejak sekian lama.Sarawak Report dikatakan mempunyai hubungan kait dengan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun dr Mahathir Mohammad. Portal ini turut dikatakan menerima dana dan arahan dari Tun Mahathir.   Sebelum ini pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia telah bertungkus lumus untuk menyampaikan waran tangkap terhadap Clare Brown, ekoran dari beberapa laporan Polis telah dibuat oleh pihak-pihak yang tertentu terhadap Clare Brown dan portal Sarawak Report. Walau bagaimanapun waran tangkap tersebut gagal diserahkan kerana terdapat beberapa peruntukkan di dalam undang-undang negara British tersebut yang bertentangan dengan undang-undang negara Malaysia. Sa...

ROYAL PEDAS :ADA SIJIL HALAL? BETULKAH? APA HUKUM DI SISI ISLAM DAN APAKAH TANGGUNG JAWAB JAKIM?

Image
Baru-baru masyarakat diperkenalkan dengan Cili Sos jenama Royal Pedas. Pengenalan produk ini telah dibuat secara besar-besaran di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Malahan pihak pengeluar pernah menganjurkan pertandingan makan sos cili tersebut, sambil menyediakan hadiah berbentuk wang tunai yang lumayan kepada pemenang paling banyak memakan sos tersebut tanpa dicampurkan dengan makanan lain. Bukan setakat itu sahaja, pengiklanan produk ini juga dibuat menggunakan kenderaan dengan corak warna yang menarik. Kejayaan pengenalan produk ini telah membuahkan hasil dengan pengedaran produk di seluruh Lembah Klang. Malahan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengguna. Turut dikatakan bahawa syarikat berkenaan di dalam usaha untuk meluaskan pasaran ke negara-negara jiran serta negara Timur Tengah. Walau bagaimanapun produk makanan ini mempunyai banyak tanda tanya dan diragui kerana ianya betul-betul mirip dengan satu lagi produk iaitu “Chilli King Extra Hot”....

SELEPAS INI SIAPA LAGI YANG MENJADI MANGSA DAN APA PULA TANGGUNGAN PEMEGANG JAWATAN TERTINGGI MBI DARI SUDUT TINDAKAN PIHAK BERKUASA

Image
Semalam Negara dikejutkan lagi dengan tindakan lanjut oleh pihak KPDNKK ke atas syarikat skim cepat kaya . Pihak KPDNKK telah membuat tangkapan ke atas seorang penama iaitu : Tedy Teow pengasas kepada MBI International ( http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pengasas-skim-pelaburan-wang-haram-dicekup-1.692633 ) . Mohd Roslan berkata, lelaki terbabit kini direman empat hari bermula kelmarin bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut. "Lelaki terbabit ditahan dalam operasi khas, Ops Token II yang diadakan pada 19 Jun lalu kira-kira jam 6.30 pagi. Operasi itu melibatkan Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, National Revenue Recovery Enforment Team (NRRET), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan polis Bukit Aman. "Dalam operasi itu, kita menyerbu tiga kediaman iaitu satu di Sungai Dua, Butterworth manakala dua lagi di dua buah rumah mewah berasingan di Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah. Operasi ini susulan daripada Ops Token I terhadap ...

Investors unfazed by latest MBI International episode

Image
GEORGE TOWN: MBI International investors are still keeping faith with the group despite news that a key member of the organisation has been arrested and 98 local bank accounts linked to it have been frozen. Many believe that the episode is temporary and would be over soon. A 65-year-old investor said the majority of his friends were not worried. “Out of 10 friends, perhaps two or three of them are slightly worried. “The rest of us believe this episode will pass soon,” the retired bookkeeper said yesterday. However, he said he would start using more of his virtual coins at M Mall, MBI’s mall in Penang Times Square. MBI members can convert their virtual coins to loyalty points to purchase goods such as groceries, household appliances and even cars. The investor said he also invested in JJPTR, the money game which was crippled recently but accepted it as “investment risks”. “I lost about RM1,000 in JJPTR. I accept it. We cannot win all the ...