KREDIBEL KAH MUSA SEBAGAI AHLI PANEL PENASIHAT OPERASI SPRM (PPO)
Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan cukup dikenali sebagai individu yang jujur dan komited ketika beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara. Banyak isu penting yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Antaranya adalah kes Pembunuhan Altantuya yang menjadikan negara Malaysia sebagai tumpuan mata dunia. Malahan Musa amat digeruni oleh kumpulan sendiket kerana banyak mengambil tindakan ke atas mereka hingga memaksa kebanyakan dari Ketua Kumpulan Sendiket terpaksa melarikan diri ke luar negara. Latar belakang beliau sebagai anak sulung kepada Tan Sri Haji Hassan, seorang tokoh ugama, cukup disegani sehingga kini. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Musa telah dikatakan terlibat di dalam syarikat skim cepat kaya, melalui jawatan-jawatan yang disandang olehnya. 91 akaun bank menyimpan RM177 juta dibekukan selepas serbuan di Ibu Pejabat MBI Group International dan 5 premis lain di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur Isnin lepas, kata Kementeri...